Followers

Thursday, May 10, 2012

umpama tersungkur


"Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?” (Al-Ankabut: 2)
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakhbar…

Kenapa aku diuji..
first expression bila datangnya ujian..berat, sakit, susah hati dan macam-macam lagi..

MAY 7,2012
Semalam bila nak pinjam buku, tiba-tiba machine cakap matric card blocked.Aik, rasanya lambat lagi date due buku-buku usuludin tu.Then terus pegi kaunter pastu staff library cakap ada buku yang dah expired. Bila checked,rupanya buku yang tu...

“dik dik, boleh tolong akak tak? “

“ye,tolong apa kak?”

“akak nak pinjam buku tapi matrik kad akak tak bawak, akak dapat masuk tadi pun sebab gate dah sedia bukak.Akak perlu sangat buku ni.boleh tak??”(terdesak)

“oh..boleh kak..tapi saya nak cepat ni, akak bawak buku yang akak nak pinjam sekarang tu boleh?saya tolong pinjamkan..”

“ni dia..”(4buah buku,semua tebal-tebal kalau tak silap)

Done!! 

“terima kasih dik”

“eh takpa kak J” terus meluru ke entrance sebab memang tengah rushing sangat..

“eh eh dik, kejap..tulis nama adik and no.fon skali..buku ni akak return nanti minggu depan ek, isnin.Esok jumaat akak takde kat sini.Kalau ada apa-apa akak message yer...thanks dik”

“oh ok2”

Bergegas keluar.


2 months later

fees : ..........

“awak dah ada denda sebab tu tak boleh pinjam buku...”

Then saya cerita kat staff tu macamana buku tu tak direturn sebab bukan saya yang pinjam..

"Kalau macam tu, dikira hilang la..kalau awak tak nak bayar fees, bayar harga buku..sehari denda naik 40sen."

??????????????? Ya Allah..buku student master pulak tu..mesti mahal.
Sungguh!! Saya sedang diuji..... ALLAH.


Mungkin dah lama saya hidup dalam kesenangan.

Bila datangnya ujian, baru tersedar dari leka  yang saya kira amat panjang. Saya dalam peperiksaan dunia. ‘Imtihan final’ mungkin masih jauh,mungkin amat dekat.Tapi terkadang bila datangnya ‘kuiz’ macam ni, baru saya sedar saya masih dalam ‘universiti’ dunia.

Ujian itu tarbiyah,HATI YANG SIHAT akan meyakini bahawa ujian itulah yang menandakan Allah masih memandang dia..

Bila dah nampak hikmahnya, disitulah CINTA ALLAH masih kita kecapi..
“wamakaru wamakarallah wallahukhoirul makirin” yang bermaksud: “kita merancang, Allah juga merancang dan Allah lah sebaik-baik perancang..”

Saya pasti dengan janji Allah, ujian saya ni tak berat mana pun kalau nak bandingkan apa yang orang lain hadapi..kesulitan saya ni sangat kecil. amat kecil. InsyaAllah, sedikit ujian ni, moga ianya merupakan kafarah segala dosa2 lalu yang menggunung..sekiranya dengan ini dapat menambahkan cinta kepada Allah dan Allah juga akan mengasihi diri yang berdosa ni, saya redha.

Masalah tadi, saya masih berfikir,mencari jalan keluar...ALLAH.