Followers

Monday, August 1, 2011

Harapan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..





"Man, nanti pukul 3pagi  kejut aku ye, aku nak bangun nak buat revision sikit la, sebulan lagi nak exam,aku takut  nanti kalau last minute tak sempat nak buat preparation . . "

Seringkali kita berhadapan dengan situasi diatas. Nak cover the whole topic untuk exam sampai sanggup bangun lewat malam,terkadang hingga subuh kita stay up.

"tok, tok, tok !!  Din, tidur-tidur la, dah dekat pukul 4 pagi ni, buat apa malam-malam buta macam ni?" " ala, kejapla mak, tak buat apa pun, sembang ngan kawan je kat skype ni..."

ni lagi satu situasi yang melanda pengguna tegar laman-laman sosial yang ada.Sampai subuh pun masih online. Sudahnya, subuh entah kemana.

Kedua-dua situasi diatas biasa kita dengar, dan kadang-kadang kita sendiri yang alami. Kalau untuk peperiksaan, mampu je kita berjaga malam demi mencapai result yang bagus, dan demi ber'online' sanggup pula kita bersengkang mata, menghabiskan bil eletrik rumah hingga ke pagi,apakata kali ni demi mulianya RAMADHAN, kita sanggupkan diri kita untuk menghabiskan waktu-waktu terluang seperti diatas untuk beribadah.Tentu bukan setakat result yang cemerlang kita akan perolehi di madrasah Ramadhan kali ni, bahkan tak sia-sia sang ayah membayar bil eletrik pada bulan ni gara-gara kita bangun malam bertahajjud dan beribadah semampunya,kalau boleh sampai bengkak kaki pun takpa...sebab,ganjaran lumayan malah berlipat kali ganda hanya Allah tawarkan pada bulan ni je.

Cuba kita kembali para sahabat-sahabat dizaman Rasulullah dulu, mereka begitu excited untuk menunggu bulan Ramadhan sehingga mengalirkan airmata tatkala Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Sebabnya? ya,kerana mereka tidak pasti, adakah masih ada peluang mereka untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang dan kerana mereka tidak berasa puas dan cukup melakukan ibadah dengan berpuasa di siangnya dan menghidupkan malamnya dengan beribadah kepada Allah Rabbul Izzati


Alangkah bagusnya kalau diri kita pun macam tu. Saya baru lepas bukak fb tadi, em...hanya nak tengok ucapan-ucapan Ramadhan sahabat-sahabat je. Dan amat membanggakan hampir setiap orang status fb nya sekarang adalah berkisar tentang Ramadhan. Ada yang mohon maaf, ada yang menggalakkan beribadah lebih dari bulan-bulan lain, ada yang menyatakan kesyukuran kerana masih bertemu Ramadhan kali ni dan banyak lagi. Saya hanya sekadar memerhati tanpa shout apa-apa kat status saya. Saya lebih suka memendam, berkongsi dalam doa.


Tapi, tak kurang juga yang masih ditakuk lama.Bersenang lenang dengan aktiviti-aktiviti yang tak mendatangkan pahala sedangkan Ramadhan hanya sekali mendatangi kita.Baik yang belajar dan memahami agama mahupun yang tidak mahu memahami ajaran agama. Tidak ada secalit pun rasa ingin berlumba untuk mendapatkan pahala yang begitu besar nilainya.Kadang-kadang terfikir apa hati sebegini telah ditutup Allah? Nauzubillah.


Tak rugi sahabat-sahabat semua berlumba-lumba membuat amal lebih-lebih lagi pada bulan ni (nasihat untuk diri ini juga). Walaupun Allah menjanjikan pahala dan bukan kebendaan. Contohnya, tidaklah Allah janjikan jika seseorang hambanya berpuasa, maka dia akan mendapat sebuah ferrari,dan jika menunaikan solat tarawikh akan diberi ganjaran wang berupa sejuta ringgit ataupun jika bangun dan beribadah pada waktu malam, merintih merayu kepada Yang Esa diganjari sebuah banglo mewah, seperti ganjaran-ganjaran kepada pemenang program realiti tv sekarang.Itu semua memang tidak dijanjikan Allah kerana ada sebabnya.Buktinya, seperti kata Syeikh Ibn Athaillah, jika pahala diberikan Allah dalam bentuk wang ringgit, permata, kereta mewah, saham,dan lain-lain, maka dunia tidak akan mampu menampung seluruh pahala yang ada. Dunia ini terlalu sempit untuk menampung semua ganjaran tersebut. Itu kenapa akhirat—yang seluas langit dan bumi—dipilih sebagai tempat membalas semua ibadah yang kita lakukan.Syaikh Ahmad Athaillah berkata lagi, “Demikian juga kerana Allah menyayangi kita, sehingga tidak memberi hasil jerih payah kita di tempat yang tidak kekal ini.”


Bukankah kita ingin agar yang kita miliki tidak hilang dan musnah? Bukankah fitrah bagi manusia ingin mendapat hak mutlak dan tetap bahkan selama-lamanya? Itulah kenapa baru di syurga semua balasan diberikan.Kalau diinginkan agar di dunia mendapat balasan wang ringgit atau perhiasan, sedangkan di akhirat tetap mendapat syurga, itu bukanlah ujian. Padahal, dunia diciptakan sebagai ladang (kebun atau sawah) untuk ditanam, yang hasilnya akan dituai di akhirat kelak.


firman Allah dalam surah al-mulk yang bermaksud :


Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. (QS al-Mulk [67] : 2)


Ali Imran:145 maksudnya :


kalau kita beramal dengan tujuan dunia, maka tidak ada pahala di akhirat kelak...contoh yg sdh sangat kita semua mafhum, hadis tentang :

"Innama' a‘mâlu bin-niyyât"




Nah, kalau kita nak menabung demi ganjaran berupa benda-benda diatas,lalu kenapa kita bermalas-malasan menabung untuk masa depan kita yang abadi? Apa alasan kita menunda-nunda berbakti kepada Ar-Rahman yang telah Menciptakan kita?

Kita hanya perlu bersabar sedikit untuk menikmati hasil jerih payah kita dalam beribadah. Tidakkah kita teringin melakukannya? Tidakkah kita mahu menikmati tabungan akhirat dengan keuntungan 700% bahkan lebih?









Jadi, ayuhlah sama-sama kita memanfaatkan sebaik mungkin Ramadhan kali ini dengan beribadah bersungguh-sungguh seakan-akan kita sedang mengumpulkan harta yang bertimbun-timbun untuk jaminan hidup kita di akhirat kelak. Yang pasti, tak siapa tahu bila ajal bakal menjemput kita, mungkinkah kita akan hidup 100 tahun lagi atau apakah ini Ramadhan terakhir untuk kita?


Ramadhan kareem  :)

1 comment: