Followers

Tuesday, January 25, 2011

THAT SHINING STAR


 aya sayang bintang itu < ^^>



suatu hari akan datang waktu dimana
aku akan berangkat..
mengatur langkah, payah..
aku melangkah tanpa berpaling pada dia.

ini mungkin detik-detik terakhir kami.
ternyata 'bintang itu'lah yang membuktikan UKHUWWAH itu manis.
'bintang itu'lah yang menunjukkanku jalan-jalan menuju ke syurga, iAllah..
pintaku pada pencipta alam semesta dan segala makhluk,

" Ikatlah hubungan persaudaraan di antara kami sehingga ke titisan darah yang terakhir, agar darah keringat kami itulah tiket untuk kami bertemu denganMu KELAK,Allahumma amin "

Yang umur sebesar angka 20 sehinggalah bermula yang terkecil 5..
‘bintang itu' tidak pernah mengenal erti penat dalam bekerja mabruk!
walau 'bintang itu' itu belajar, penuh dgn tugasan, sibuk dengan kerja , mana lagi dengan presentation berlambak, 
tapi 'bintang itu' juga tidak mengabaikan ummah, 'bintang itu' sayang ummah. 
ummah sayang pada 'bintang itu'. Nabi sayang pada 'bintang itu'. malaikat mendoakan kesejahteraan buat 'bintang itu'. Allah menyirami 'bintang itu' dengan nasta'in dan rahmatNya. Tsabatlah 'bintang itu' dalam perjuangan. Tsabatlah! Demi kesejahteraan kita dan ummah. Demi Islam yang tersayang.

Wahai bintang pejuang ad-deen,
Jauhilah kamu dari kemalasan dan lemah. Cepat-cepat istighfar dan doa ya, mudah-mudahan Allah menerima taubat dan ibadah kita. Ya Rabbul Izzati, amin.amin.amin!

Bintang itu, 
akan terasa kejauhan antara kita kelak.
Aku lihat pada angkasa milik Allah, oh jauh untuk ku gapai bintang-bintang itu.
Meski aku berada jauh dari kamu, jangan lupakan aku, mumkin? 
jangan pernah lupakan sesama kita ini ya,antara kita Allah telah kurniakan,
pernah wujud satu kasih sayang yang aku sendiri tak boleh tafsirkan mungkin kerana fikrahku banyak berubah kerana ‘bintang itu’
aku percaya kamu sering mendoakan kesejahteraan buat sahabat-sahabat yang lain bukan. Oh, beruntungnya agama ini punya pejuang seperti kamu.


Ya Allah, aku bernaung pada rahmatMu, petunjukMu, jangan luputkan 'Dia' dalam doaku.

Di setiap nafas, semua bersujud memujiMu, 
di setiap nafas, kami memegang amanahMu. 
Di setiap denyutan jantung, kami milikMu, 
di setiap denyutan jantung, kami bergantung kepadaMu. 

La ilahaill Allah, Muhammad Rasulullah
Izinkan kami mendengar kalimah agung ini berkumandang di seluruh alam. 
Izinkan kami melihat Islam kembali tertegak di muka bumi ini Ya Nurul Qolbi.
Izinkan kami memegang panji-panji Islam itu dalam menegakkan HUKUM yang sebenarnya.




Yang bukan menjaga hak setengah-setengah sahaja, tapi ADIL dan SYUMUL.




Buat bintang permata agama Islam.~naja~


“Saya sayang kamu kerana Allahberuntung Allah telah kurniakan dalam hidup saya sahabat seperti diri kamuwalaupun sedar di hati ni kamu lebih layak berdamping dengan orang yang lebih layak untukmu sebagai sahabat akui hati ni.. akan ku suburi ikatan ni berpaksikan cinta kepada Allahandai suatu hari nanti Allah takdirkan kita hanya sahabat biasa, biarlah hati mu sentiasa ingat bahawa aku pernah menjadi sahabatmu yang luarbiasa seperti tergmbar oleh pemilik ahli syurga sayang

 with love : aya

1 comment:

  1. bintan ini tidak lagi bersinar...maafkan bintang ini...

    ReplyDelete