Followers

Sunday, October 23, 2011

Zahra Ayeesha

Bismillahirrahmanirrahim...

Dah agak lama saya tak post apa-apa entry since last Ramadhan. Bukan nak stop blogging tapi tak cukup masa.hehe,(alasan!!) Actually, dah banyak benda jadi in 3 months i'm not updating my blog, first, my registration day at IIUM Gombak lepas 9hari raya puasa, seronok sebab dah digelar mahasiswi tapi takut nak face segala macam obstacles and challenges sepanjang dok kat sini...  second, register manually subjects for the whole semester,and macam-macam lagi sampaila sekarang dah ada perkara besar yang berlaku dalam keluarga kami.Praise be to Allah, semalam keluarga kami dikurniakan seorang lagi permata hati, anak kepada kakak saya yang ketiga kak ROS dan suaminya abg SYAM.Congrats!!

Yang bestnya, kali ni tok abah dan tok ma dapat cucu perempuan !! tahniah tahniah ^_^





Newcomer ZAHRA AYEESHA,Welcome to the world our pretty princess  :)


first time pegang zahra since 11 jam baby zahra tengok dunia 



more sweet than the sweetest honey!!


Cute!! suprisingly, she's a big girl, weighing in at 3.1 kg at birth, and no wonder my sister was so tired all the time for 9 months lugging this kid around !! Zahra was born yesterday, on 21st of October 2011 approximately 5am in Putrajaya hospital. Alhamdulillah, when we arrived there, both the mother and baby are doing fine at the moment in the hospital walaupun my sis has gone through scissor operation.Being surrounded with supportive family, friends and other people makes my sister looks so happy. Love both of you so much!!!


             

Love you, sweets, and i am so so happy for you.You are the special gift from Allah.




sleeping beauty  :)


May Allah give you a caring heart so that you can become a whole person, not just gifted with intellect that can understand, but with heart that truly cares and loves everyone beside you.From now and onwards, for my little princess,I placed my absolute trust for Allah to gives you His blessings and makes everything easier for you, my dear princess !!! Ameen  

Monday, August 1, 2011

Harapan Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim..





"Man, nanti pukul 3pagi  kejut aku ye, aku nak bangun nak buat revision sikit la, sebulan lagi nak exam,aku takut  nanti kalau last minute tak sempat nak buat preparation . . "

Seringkali kita berhadapan dengan situasi diatas. Nak cover the whole topic untuk exam sampai sanggup bangun lewat malam,terkadang hingga subuh kita stay up.

"tok, tok, tok !!  Din, tidur-tidur la, dah dekat pukul 4 pagi ni, buat apa malam-malam buta macam ni?" " ala, kejapla mak, tak buat apa pun, sembang ngan kawan je kat skype ni..."

ni lagi satu situasi yang melanda pengguna tegar laman-laman sosial yang ada.Sampai subuh pun masih online. Sudahnya, subuh entah kemana.

Kedua-dua situasi diatas biasa kita dengar, dan kadang-kadang kita sendiri yang alami. Kalau untuk peperiksaan, mampu je kita berjaga malam demi mencapai result yang bagus, dan demi ber'online' sanggup pula kita bersengkang mata, menghabiskan bil eletrik rumah hingga ke pagi,apakata kali ni demi mulianya RAMADHAN, kita sanggupkan diri kita untuk menghabiskan waktu-waktu terluang seperti diatas untuk beribadah.Tentu bukan setakat result yang cemerlang kita akan perolehi di madrasah Ramadhan kali ni, bahkan tak sia-sia sang ayah membayar bil eletrik pada bulan ni gara-gara kita bangun malam bertahajjud dan beribadah semampunya,kalau boleh sampai bengkak kaki pun takpa...sebab,ganjaran lumayan malah berlipat kali ganda hanya Allah tawarkan pada bulan ni je.

Cuba kita kembali para sahabat-sahabat dizaman Rasulullah dulu, mereka begitu excited untuk menunggu bulan Ramadhan sehingga mengalirkan airmata tatkala Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. Sebabnya? ya,kerana mereka tidak pasti, adakah masih ada peluang mereka untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang dan kerana mereka tidak berasa puas dan cukup melakukan ibadah dengan berpuasa di siangnya dan menghidupkan malamnya dengan beribadah kepada Allah Rabbul Izzati


Alangkah bagusnya kalau diri kita pun macam tu. Saya baru lepas bukak fb tadi, em...hanya nak tengok ucapan-ucapan Ramadhan sahabat-sahabat je. Dan amat membanggakan hampir setiap orang status fb nya sekarang adalah berkisar tentang Ramadhan. Ada yang mohon maaf, ada yang menggalakkan beribadah lebih dari bulan-bulan lain, ada yang menyatakan kesyukuran kerana masih bertemu Ramadhan kali ni dan banyak lagi. Saya hanya sekadar memerhati tanpa shout apa-apa kat status saya. Saya lebih suka memendam, berkongsi dalam doa.


Tapi, tak kurang juga yang masih ditakuk lama.Bersenang lenang dengan aktiviti-aktiviti yang tak mendatangkan pahala sedangkan Ramadhan hanya sekali mendatangi kita.Baik yang belajar dan memahami agama mahupun yang tidak mahu memahami ajaran agama. Tidak ada secalit pun rasa ingin berlumba untuk mendapatkan pahala yang begitu besar nilainya.Kadang-kadang terfikir apa hati sebegini telah ditutup Allah? Nauzubillah.


Tak rugi sahabat-sahabat semua berlumba-lumba membuat amal lebih-lebih lagi pada bulan ni (nasihat untuk diri ini juga). Walaupun Allah menjanjikan pahala dan bukan kebendaan. Contohnya, tidaklah Allah janjikan jika seseorang hambanya berpuasa, maka dia akan mendapat sebuah ferrari,dan jika menunaikan solat tarawikh akan diberi ganjaran wang berupa sejuta ringgit ataupun jika bangun dan beribadah pada waktu malam, merintih merayu kepada Yang Esa diganjari sebuah banglo mewah, seperti ganjaran-ganjaran kepada pemenang program realiti tv sekarang.Itu semua memang tidak dijanjikan Allah kerana ada sebabnya.Buktinya, seperti kata Syeikh Ibn Athaillah, jika pahala diberikan Allah dalam bentuk wang ringgit, permata, kereta mewah, saham,dan lain-lain, maka dunia tidak akan mampu menampung seluruh pahala yang ada. Dunia ini terlalu sempit untuk menampung semua ganjaran tersebut. Itu kenapa akhirat—yang seluas langit dan bumi—dipilih sebagai tempat membalas semua ibadah yang kita lakukan.Syaikh Ahmad Athaillah berkata lagi, “Demikian juga kerana Allah menyayangi kita, sehingga tidak memberi hasil jerih payah kita di tempat yang tidak kekal ini.”


Bukankah kita ingin agar yang kita miliki tidak hilang dan musnah? Bukankah fitrah bagi manusia ingin mendapat hak mutlak dan tetap bahkan selama-lamanya? Itulah kenapa baru di syurga semua balasan diberikan.Kalau diinginkan agar di dunia mendapat balasan wang ringgit atau perhiasan, sedangkan di akhirat tetap mendapat syurga, itu bukanlah ujian. Padahal, dunia diciptakan sebagai ladang (kebun atau sawah) untuk ditanam, yang hasilnya akan dituai di akhirat kelak.


firman Allah dalam surah al-mulk yang bermaksud :


Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. (QS al-Mulk [67] : 2)


Ali Imran:145 maksudnya :


kalau kita beramal dengan tujuan dunia, maka tidak ada pahala di akhirat kelak...contoh yg sdh sangat kita semua mafhum, hadis tentang :

"Innama' a‘mâlu bin-niyyât"




Nah, kalau kita nak menabung demi ganjaran berupa benda-benda diatas,lalu kenapa kita bermalas-malasan menabung untuk masa depan kita yang abadi? Apa alasan kita menunda-nunda berbakti kepada Ar-Rahman yang telah Menciptakan kita?

Kita hanya perlu bersabar sedikit untuk menikmati hasil jerih payah kita dalam beribadah. Tidakkah kita teringin melakukannya? Tidakkah kita mahu menikmati tabungan akhirat dengan keuntungan 700% bahkan lebih?









Jadi, ayuhlah sama-sama kita memanfaatkan sebaik mungkin Ramadhan kali ini dengan beribadah bersungguh-sungguh seakan-akan kita sedang mengumpulkan harta yang bertimbun-timbun untuk jaminan hidup kita di akhirat kelak. Yang pasti, tak siapa tahu bila ajal bakal menjemput kita, mungkinkah kita akan hidup 100 tahun lagi atau apakah ini Ramadhan terakhir untuk kita?


Ramadhan kareem  :)

Wednesday, June 29, 2011

Luarbiasa yang Biasa

Bismillahirrahmanirrahim…
Dah beberapa hari saya kurang lena tidur disebabkan satu masalah ni. Nak dijadikan cerita minggu  lepas saya melakukan penghijrahan (sementara) dari Kelantan ke salah satu negeri . Selama seminggu saya berada disana,  banyak input yang saya perolehi. Mulanya saya kesana atas tuntutan (tugas) tapi bila beberapa hari disana, saya macam dapat rasa satu rasa yang saya tak pernah rasai sebelum ni – TAKUT. Bukannya saya tak pernah rasa takut sejak dari kecil sampai usia sekarang ni tapi takut yang ni sangat berbeza.

Situasi 1 : Jumud  (!!!)

Saya perhatikan keadaan disana, TIGER, CARLSBERG, dan banyak lagi (saya tak berapa ingat nama apa) jenama yang bukan saya meragui halal haramnya, tapi saya yakin akan hukum keatasnya. HARAM (!) kalau berbicara soal jumud, mesti yang bermain di fikiran kita ialah seorang muslimin @ muslimat yang berpakaian menutup aurat (jubah, kurung biasa without shaping, tudung labuh @ menutup bahagian dadanya hingga pusat dan  sewaktu dengannya yang mana sesetengah manusia memandang rendah akan martabatnya-Nauzubillah). Tapi bukan jumud yang itu saya ingin bicarakan sebab bagi saya itu bukan JUMUD tapi menjaga.
 Ok, cakap pasal Jumud yang saya cuba cakap  kali ni ialah jumud yang ada pada masyarakat disana. Hari tu saya makan tengahari di salah sebuah kedai makan yang ada berderet- deret mungkin sebanyak 3 kedai yang dimiliki oleh orang Islam. Sementara menunggu pesanan, mata saya melilau sekeliling kawasan ( memandangkan saya ni suka memerhati, tiba-tiba saya perasan ada 1 atau 2 lagi kedai makan seberang jalan sana. Mulanya tidak ada pun yang menarik perhatian saya tapi bila lama mata saya menyelinap masuk kedalam kedai-kedai tersebut, saya jadi makin teruja (pelik@ta’jub)  menyaksikan fenomena di sana. Kedai-kedai bertentangan saya tu jelas-jelas  dimiliki orang kafir.Kebetulan masa tu saya bersama kakak saya, dan dia memberitahu wanita-wanita (bertudung- semestinya Islam) yang ada di gerai@kedai seberang sana adalah rakan sekerja beliau. Dan makin bertambah hairanlah saya, kenapa orang Islam sanggup makan di kedai milik orang bukan Islam yer? Saya cuba persoalkan kakak saya dan jawapan yang diberikan cukup membuatkan hati saya sedih, “ mereka tu dah biasa, jadi lali, perut dah penuh ngan makanan yang dibuat hasil air tangan orang bukan Islam, jadi perasaan tak enak bila makan makanan yang dibuat oleh orang bukan Islam pun dah takde. Bagi mereka, kalau mereka pesan makanan yang halal, maka halal lah jadinya. Let say, mee goreng”. Saya Tanya lagi takkan mereka tak takut kalau-kalau makanan tu bercampur dengan daging khinzir ke, arak ke, ataupun pisau-pisau, periuk-periuk yang digunakan adalah sama untuk membuat makanan tak halal? Let say daging khinzir masak lemak? (sehabis daya saya cuba soalan yang berbentuk keraguan). Then kakak saya jawab, “tu tengok, WE DO NOT SERVE PORK , kan dah terpampang so bagi deme, ok lah tu, kira halal, deme tu dah tok pikir dah asal boleh masuk perut deme pastu kenyang, memang deme tak patut, macam takde iman. (!)” ringkas tapi padat jawapan beliau.ooooooooooooooo, panjang saya iyekan jawapan tadi sementara minda saya terus berfikir, memangla tak sediakan pork untuk dijual, tapi macaman dengan arak? Atau daging katak? Atau daging ular (mungkin yang ni agak mahal)? Hmm, saya terdiam.. terus memerhatikan gelagat mereka di seberang sana yang penuh selera menjamu makanan di kedai orang bukan Islam tadi. Makanan kami belum sampai………………………..

Tiba- tiba, saya ternampak la pulak satu peti ais besar yang jual air minuman kat sana, saya fikir mesti diorang tak pesan air sana, tapi beli yang dalam tin macam soya ke…saya usahakan untuk mengecilkan anak mata saya supaya saya dapat melihat dengan lebih jelas apa yang ada dalam peti ais. Sekali lagi saya berasa jijik bila saya lihat sederet arak yang diletakkan satu deret je dengan air mineral. MasyaAllah, mengucap panjang saya..Ya Rahman, alangkah jumudnya pemikiran manusia- manusia yang beragama Islam tadi, masih berada pada tahap pemikiran masyarakat jahiliyah, tak sensitive langsung dengan fenomena yang bagi saya amat memalukan. Ya, mereka JUMUD !!!

Makanan saya tiba saat ini, saya jadi tak berapa selera,mintak nasi separuh and saya makan jugak sebab perut tengah lapar  .. hehe

Situasi 2 : Jumud (….)

 Kita tinggalkan masalah tadi.
Jumud,jumud, jumud…sering saya dengar perkataan ni tapi saya tak pernah guna perkataan jumud ni pada mana-mana situasi. Kali ni, saya guna lagi istilah ini dalam satu situasi lain yang saya hadapi. Masih di negeri tersebut, saya ke kenduri salah seorang ahli keluarga saya disana ( hari terakhir saya berada di negeri tu ). Saya tidaklah berkonvoi kesana bersama saudara mara saya, tapi saya pergi lebih awal memandangkan saya kesana dengan abah dan ma je. Ahli keluarga lain masih bersiap di homestay. Bila saya kesana agak awal,maka saya sempat berkumpul dirumah pengantin sebelum ke dewan persandingan ( sementara ahli keluarga lain ketinggalan untuk berkumpul ). Bila semuanya sudah ready, sedia dan pengantin pun dah berpeluh-peluh tunggu sanak sedara beratur ni, diorang pun mula perarakan. Rombongan tak sampai 60 orang pun dan rombongan yang beratur ni terdiri dari keluarga kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan(sebelah pengantin lelaki yang wanita hanya saya, dan ma je mewakili). Apa yang menjadi hairan pada hemat saya ialah dalam rombongan ni, hanya saya, ma dan ibu pengantin lelaki je yang bertudung, sementara pengantin perempuan dan sanak saudara sewaktu dengannya hanya free hair siap blonde rambut lagi..dengan bangganya mereka beratur dibarisan hadapan siap pakai spek hitam dengan baju dengan kain belahan dan sendat walaupun namanya kurung. Ini satu lagi kejumudan yang melekat dan masih menjadi penyakit buat mereka, masih bersifat seperti orang jahiliyah sedangkan Islam sudah lama tersebar. Alangkah jumudnya mereka. Saya panjatkan doa mereka segera diberi hidayah,ameen. Tak cukup disitu, bila perarakan dimulakan, saya ingat mereka nak selawat yang macam biasa kita buat, tapi sebaliknya yang berlaku. Hanya berjalan kesana dengan mulut langsung terkatup untuk memuji dan mengingati Rasulullah. Hanya kedengaran borak –borak kosong sementara kaki melangkah agak santai ke dewan..hmm, satu lagi kejumudan yang berlaku. Kenapa mereka tak mahu berubah…..



Situasi 3 : Jumud (???)

Last, jumud yang ni saya biasa hadapi. Masih di majlis yang sama, bila semua ahli keluarga saya berkumpul, keluarga dari Kelantan, Kedah, kami memenuhi segenap ruang dewan kerana keluarga kami sememangnya ramai tapi saya sempat observe riak muka orang disana, semacam pelik. Saya terfikir… tapi bila diamati, patutlah mereka berasa pelik sebab ahli keluarga saya Alhamdulillah semuanya bertudung dan berpakaian sopan, adik-beradik saya sendiri bertudung labuh. Jadi mungkin di fikiran mereka, kami ni tak up to date, atau tak advance ke ape lagi perkataan untuk menggambarkan kemodenan walaupun mereka takla kata kami jumud sebab semestinya mereka tak faham apa itu jumud, tak kisahla,tapi dalam pemikiran berdasarkan aksi dan riak wajah mereka, itulah perkataan sesuai untuk melambangkan pandangan mereka kepada kami. Saya sehabis cuba untuk husnuzzhon, dan saya tahu mereka tidakla seburuk itu untuk menghina cara pemakaian kami tapi mungkin sebab fikrah mereka lain, atau mereka masih tidak mahu menerima, menjadi sebab pandangan itu yang terserlah di raut muka mereka. Tapi ikhlas disini, saya sangat menyenangi sifat cakna dan peramah yang mereka tunjukkan  J

JUMUD
1.       L situasi 1 dan 2

·         Saya tak suka jumud yang ni sebab ia jumud kearah keburukan. Masih berada di takuk lama. Sedangkan kita sekarang boleh hidup selesa kerana perjuangan baginda Rasul dan sahabat- sahabat untuk menegakkan ad-din kita. Tapi kita sebagai generasi yang hampir menuju kiamat ni menjadi salah satu tangan yang menjatuhkan Islam. Meranapkan agama yang diperjuangkan rasulullah dan mujahid-mujahid Islam.Ibarat menghunus pedang ke perut Islam.

2.       J situasi 3

·         Ini bukan jumud dan tak boleh dipanggil jumud. Saya tak pernah meletakkan situasi “jumud” yang ni sebagai  penghalang sebab ini bukan jumud tapi ini adalah kemodenan yang sebenar-benarnya agama kita mahukan dan kita akan dapat rasa ia adalah kemodenan yang Islam bawa jika hati kita betul- betul hidup kerana Allah…….ameen.

Saya berhasrat untuk kesana lagi, mungkin sebagai salah seorang penduduk di sana kerana mereka sememangnya memiliki hati yang ikhlas dalam pergaulan dan baik budi. Mungkin saya hanya berada dalam kalangan manusia yang begitu fikrahnya minggu tersebut sebab saya yakin, ramai lagi penduduk di sana yang masih mahu memperjuangkan Islam supaya terus berkembang di bumi Malaysia ini. Semoga dapat ke sana lagi  J

Thursday, June 2, 2011

selamat hari lahir sayang :)

happy besday amil & adik ceem






Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah masih diberi nafas untuk teruskan hidup.Ya  Rahman,jika usiaku yang panjang ini boleh memberi manfaat kepada Islam Engkau panjangkanlah umurku,namun jika usia ku yang semakin panjang ini sentiasa mendatangkan dosa dan melakukan maksiat, maka Engkau matikanlah aku.Janganlah Engkau biarkan aku menjadi racun perosak ad-deen Mu dimuka bumi ini,Nauzubillah.

Ok, let's continue our journey.Dalam perjalanan hidup yang makin hari semakin meningkat usia ni (macam dah umur 60 an ^_^ ) dan dilahirkan dalam keluarga yang memang mempunyai anggota yang agak ramai  (12 orang sekali ngan ma & abah), tentunya saya dah punya anak sedara.Jadi sebenarnya entri saya kali ni nak cerita pasal diorang la.Bukan pasal umur saya atau apa-apa tentang saya pun  :)

Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan ______,
Allah selamatkan kamu...

ok,lagu @ doa yang berbentuk lagu ni biasa kita dengar ,dari zaman dulu-dulu lagi.Kalau tak silap saya la,P.Ramli yang start nyanyi.Walaupun lagu ni dah dikira retro, tapi orang masih menyanyikannya sampai sekarang.Lagipun tak salah kita tujukan lagu ni kat orang yang sambut hari lahir diorang sebab ia memang doa untuk orang tu.Doa tu kan baik.Rasulullah pun menggalakkan doa sebagaimana sabda Rasulullah dalam riwayat At-Tirmidzi," doa itu adalah otak ibadah ".Doa untuk diri sendiri pun dianggap ibadah,apatah lagi untuk orang lain kan? Malaikat pun InsyaAllah akan mengaminkan kalau niat kita doa untuk orang tu ikhlas.Daripada kita dok menyanyi lagu happy birthday to you...happy birthday to you...bla bla bla tu, baik kita tukar ngan lagu P.Ramli tadi, ada jugak manfaatnya.Berdoa kepada Allah untuk keselamatan orang tu.kan kan???  :)

Ok, dah habis pasal doa tadi.hehe,sebenarnya saya cakap pasal doa tu ada sebabnya.Saya biasa wish birthday sape-sape pakai lagu tadi cuma 28hb may lepas,time hari lahir anak sedara saya,belum sempat nyanyi lagu tadi, dah habis kek diorang sapu..

ni buktinya :D
tu dia,abeh kek budak ni sapu






Dua orang budak ni dah masuk 2 tahun, memang anak buah yang sangat lucu.




macam ustaz MUHAMMAD SYAMIL

 abg long, MUHAMMAD QAWEEM DARWISH

alala,busuk toi..MUHAMMAD AMMAR WASEEM
Hari sambut birhtday, sedang berebut-rebut...

satu sorang...

mil,sedap kor? heheh

adooii, tak sempat rotate.takpela,exercise skit  :)

1 more..

ok last  :)

japp japp ni budak curik semua kek,letak dalam kotak bawak lari...hihi




ni pulak mem besar budak-budak cinonet tadi  ^__^

ni mama along n adik waseem

ok,umi ni umi syamil








Doa saya, semoga anak-anak buah saya yang comell serta busyuk tu  akan menjadi pejuang Islam suatu hari nanti..AMEEN

Wednesday, June 1, 2011

Hajat Tertunai

bismillahirrahmanirrahim...


sekadar hiasan :)


hasrat ape yang tertunai? UTHRUJJAH - ni la yang tertunai..hehe,tapi takla sampai buat pulut kuning.Dah lama nak tukar url blog ni, tapi sekarang baru boleh. Rasa lengkap dah nama blog ngan url dia sekali.ok,cakap pasal blogging ni, dah lama sebenarnya saya bertatih dalam kerja-kerja menulis ni, masa form 4 lagi.Dah banyak blog yang saya manage kan tapi semuanya tak bertahan lama...ceh..sebabnya,ha,kat bawah ni saya kasitaw..

kronologi saya menulis blog ni masa saya umur 16 lagi,nama blog time tu kalau tak silap saya AL-FARABY...Baru je tahu pasal blog,ayat pon merapu-rapu lagi.Apa yang saya tulis bagi saya langsung tak mendatangkan manfaat.Cuma cakap pasal rutin kehidupan saya je la,so untuk tak nampak menyemak saya hazafkan.Msa tu dah naik form 5.
fikir punya fikir, tercetuslah nama blog yang emelnya still saya guna sampai sekarang,YARAONLINE. Tapi blog dah saya mansuhkan 100% dari web. Blog kali ni ok la sikit sebab saya dah pandai selitkan unsur-unsur nasihat,tazkirah dan pengalaman sepanjang saya handle BALKIS sekolah,tamrin-tamrin dan kem-kem. Tapi jodoh saya tak panjang ngan blog kali ni walaupun saya ingat nak hold sampai bila-bila sebab satu hari tu saya tak dapat bukak blog tu, bukan sebab tak ingat password tapi tak tahulah kenapa..Ada kawan cakap sebab virus,Wallahualam.. dengan sedih hati, saya terpaksa la lupakan blog tu dan saya tutup terus diari-diari yang ada dalam tu.

Then dunia blogging terhenti setakat tu sebab exam dah nak dekat,lagi 7 bulan kalau tak silap. Tapi untuk tak mengecewakan, lepas SPM,saya try bukak satu lagi blog yang baru..DIARI-MUJAHIDAH. Nama ni saya pilih atas sebab saya still ingat blog yang lama.So saya letak diari kat depan dan mujahidah tu sebab time tu, lepas SPM program saya berlambak-lambak sampaikan saya rasa tak pernah sunyi dari tarbiyah.Bayangkan masa tu waktu berada di rumah hanya bila hari persekolahan ( sempat saya daftar STAM ) dan bila tiba hujung minggu, mula la saya sibuk dengan tamrin-tamrin.So semangat berkobar-kobar memperjuangkan agama Islam dan sebarkan dakwah walaupun ilmu ibarat setitik air hujan.Tapi malangnya, sebab terlampau sibuk,saya hanya sempat buka je tapi tak pernah post apa2..hehe

seminggu sebelum saya jejakkan kaki ke UIAM, saya buka blog dan saya cuba mengarang,menulis,mencoret.Alhamdulillah,DIARI MUJAHIDAH ni (sampai waktu ni ) da nak dekat 2 tahun saya manage,pengisian tidakla sebagus mana tapi at least saya belajar untuk menulis dan mengambil pengajaran atas tulisan saya dan ingin memberi manfaat kepada mana-mana sahabat yang terkadang singgah membaca entri-entri saya.

sekarang, UTHRUJJAH - nama ni saya dah lama nak tukar tapi bila cari tempat nak tukar dari DIARI MUJAHIDAH - UTHRUJJAH  tak jumpa la pulak...Buta IT jugakla saya ni..hehe
Dari seminggu lepas lagi dok try, tapi still tak dapat-dapat.Ingat dah nak batalkan hasrat ni tapi tiba-tiba ada sorang kawan   yang prihatin ni dah ajar camane nak buat..toce2.Sebenarnya bukan takde kawan yang boleh tolong cuma saya yang tak bertanya.
jadi lepas ni makin bersemangat rasanya nak menulis sebab memandangkan url dan nama yang ada kat header blog sangat sesuai dan menepati citarasa saya.hehe
UTHRUJJAH amat istimewa sebab :



Daripada abu musa al-asy’ari,beliau berkata, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud,:
“perumpamaan orang mukmin yang membaca al-quran adalah seperti al-UTHRUJJAH,rasanya enak dan baunya harum.manakala perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-quran adalah seperti buah kurma,rasanya enak baunya tiada…”



jadi, sape yang tak nak UTHRUJJAH kan?  ^__^

Friday, May 20, 2011

Jangan Ambil Mudah

Assalamualaikum...first of all, selamat bercuti bagi warga kampus terutama sekali warga UIAM yang tak ambik short sem  :) yang ambik short sem asasi ataupun kat main camp, semoga dapat buat yang terbaek..kita generasi Al-Quran InsyaAllah.

sahabat
  em..sudah kekok jari mengatur langkah mencoretkan sesuatu memandangkan dah hampir 4 bulan berada dirumah tanpa menulis dan menaip...kali ni rasanya perlu untuk saya post kan sesuatu yang boleh memanfaatkan diri dan sahabat sahabat diluar sana.Sebenarnya dah lama saya coretkan post untuk kali ni ni cuma malam ni je baru ada masa yang sesuai untuk saya layarkan di alam maya ni..

JANGAN AMBIL MUDAH...Bercakap tentang tajuk kali ni sudah semestinya ia berkait dengan agama suci kita, agama Islam.Ramai alim ulama diluar sana yang tahu dan arif tentangnya, tak kurang juga golongan profesional yang sama-sama berebut mengejar ilmu ilmu, kelebihan dan segala intipati ajaran yang ada dalam agama yang datang dari yang Maha Agung ni cuma kadang-kadang kita kena fikir semula, berapa ramai yang sebetulnya faham dan tahu serta hadam mengenai agama Islam ni? nah!!  itu persoalannya sekarang....bagi saya la, saya rasa masih ramai yang perlu diperbetulkan kefahaman mereka...

Pandangan muslim pada masa kini terhadap Islam adalah berbeza dengan pandangan muslim pada masa lalu terhadap Islam.Muslim kini memandang Islam hanyalah suatu perkara untuk disembang contohnya di laman facebook, blog, menjadi status mereka dalam twitter dan bermacam lagi, tidak kurang juga yang menjadika Islam hanya sebagai bahan untuk diforumkan, diceramahkan, dibukukan dalam pelbagai versi dan jilid tetapi malangnya bukan untuk dijadikan sedbagai suatu kenyataan kepada realiti hidup.Bagi golongan seperti ini, menjadikan cara hidup Islam sebagai suatu realiti adalah sesuatu yang pelik  dan agak mustahil.

sedangkan muslim pada masa silam, generasi Al-Quran di Madinah, Makkah, solafussaleh, mereka ini adalah golongan hamba yang melihat semua perintah dari Rabb nya  adalah untuk dilaksanakan dan direalisasikan pada alam nyata.

Sebagai contoh,Hassan Al-Banna, orang yang berpegang kuat pada amalan ahli salaf, telah mengarang dalam bukunya yang paling masyhur bertajuk,'RISALAH TA'LIM',"hendaklah saudara menjadi seperti seorang jundullah yang berada dalam khemah menunggu arahan ketua perang untuk bertindak."Inilah pemahaman ahli salaf, golongan awal memeluk Islam, mereka menterjemahkan arahan Allah kepada mereka bukan hanya berbual sesama mereka. Inilah faktor KEJAYAAN dan gemilangnya Islam pada zaman mereka.

sekadar hiasan
Contoh peristiwa, apabila turunnya pengharaman arak, semua muslim dizaman generasi Al-Quran menumpahkan arak yang diperam sekian lama semata-mata atas perintah Allah.Hinggakan, seorang sahabat yang gelas arak sedang berada dimulutnya, apabila terdengar laungan orang berkata arak diharamkan oleh Allah, menumpahkan ia serta merta.AstaghfirullahalAzim...mantapnya iman mereka.

Sedangkan di suatu sudut dan posisi lain, persoalannya, bolehkan umat sekarang buat seperti yang dilakukan oleh generasi Al-Quran  sekiranya muslim sekarang berada di situasi seperti itu?Pasti muslim sekarang akan mendatangkan pelbagai alasan, ragu-ragu dan berkata, "Ah!!  tak logik undang-undang lapuk, ketinggalan zaman, dan menyusahkan." dan kalau adapun yang beriman, dengan arahan itu, tidak sampai jarak1 meter mereka melakukan lakukan untuk kerja kearah itu.Katanya mereka beriman dengan hati, bukan dengan amal.Cukupkah iman hanya setakat itu?

Hassna Al-Banna ada menyebut," BERAPA RAMAI ORANG YANG BERILMU ITU BERIMAN, BERAPA RAMAI ORANG YANG BERIMAN ITU BERAMAL DAN BERAPA RAMAI ORANG YANG BERAMAL ITU IKHLAS".Hassan Al-Banna tahu, setakat berdiskusi, Islam tak mungkin dapat ditegakka tetapi ia akan dapat ditegakkan dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

saudaraku seIman,

mungkin ada yang mentafsirkan tulisan saya kali ini adalah menbincangkan hal yang besar-besar malah rumit. Tidak sahabat,tidak sekali-kali. Saya menulis atas hal yang sekecil-kecil sekalipun yang disuruh dan diperintah Allah yang tidak dapat kita laksanakan dan direalisasikan.Kita mendengar, tahu dan berkobar-kobar menceritakan semula sirah Rasulullah, qiamullail hingga bengkak kaki, tetapi kita tidak membuatnya, malah tidak pernah bercita-cita kearah itu.Rasulullah berzikir mathurat selepas subuh dan asar, tetapi malangnya kita tidak terdetik melakukannya walaupun mathurat sudah ada didepan mata.Jadi apakah bukti di hadapan Allah Ar-Rahman bahawa kita adalah muslim yang soleh mahupun solehah????  ..... wahai diri, wahai jiwa, wahai nafsu, tundukkanlah jiwamu,dimana Iman mu....... wallahualam....

Monday, April 18, 2011


Coretan Santai : Jiran Dari Syurga atau Neraka?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Neighbours_From_Helllogo
Nabi Muhammad s.a.w amat kerap mengingatkan kita perihal jiran sehingga ada para sahabat yang menyangka jiran boleh mewarisi harta pusaka. Selain itu, baginda juga ada memberitahu bahawa antara punca kesejahteraan seseorang insan adalah mendapat kenderaan yang baik, isteri yang solehah dan jiran yang baik. Mengapa begitu penting peranan jiran?
Nabi s.a.w bersabda :
مِنْ سَعَادَةِ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ الْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ وَالْجَارُ الصَّالِحُ وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيُّ
Ertinya : Antara sumber kebahagian dan kesejahteraan seseorang Muslim, adalah mendapat rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa  (Riwayat Ahmad, At-Tabrani & Ibn Hibban ; Ibn Hibban, Albani menilainya sebagai sohih )
Saya tidak ingin mengulas berkenaan rumah yang luas kecuali sekadar mengingatkan erti ‘luas’ itu tentunya merangkumi fizikal dan juga isi rumah dari sudut pengisian spiritualnya. Hari ini, terdapat banyak rumah yang luas saiznya tetapi dihuni oleh manusia bermasalah serta merasa sempit yang amat. Masing-masing merasa sempit dan sesak dada disebabkan sikap dan sifat mereka sendiri yang gersang dari nilai ruhaniyah dan amalan Islam.
KENDERAAN SELESA
Kenderaan yang selesa, khususnya di zaman nabi dahulu terdiri dari kuda-kuda terpilih merupakan satu kelebihan, bukan sahaja kepada kerja ‘fi sabilillah’ malah juga tugasan seharian pemiliknya. Sehingga kuda-kuda terpilih dan terlatih ini disebutkan sebagai fitrah manusia untuk mencintainya sebagaimana firman Allah :
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
Ertinya : Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). ( Al-Imran : 14)
Terdapat ramai ulama yang menafsirkan erti kuda terlatih dan terpilih serta kuat tersebut kepada kenderaan yang sesuai di zaman masing-masing. Justeru di zaman kita, kenderaan yang mungkin boleh menyamai fungsi kuda adalah kereta-kereta yang baik. Tentunya kereta yang elok lagi selamat memberikan lebih kerehatan kepada pemiliknya untuk bergerak ke sana dan kemari.
JIRAN YANG BAIK.
Amat benar, jiran merupakan satu elemen masyarakat yang amat penting dalam membentuk kerehatan jiwa, fizikal dan mental. Di zaman ini, walaupun semua kita menginginkan jiran yang baik, namun disebabkan hambatan kewangan, faktor memilih jiran yang baik sudah kurang mampu diambil kira di setiap kali kita ingin membeli sesebuah rumah.
Apa yang menjadi penilaian asas kini adalah harga, lokasi, bentuk, luas dan status tanahnya ( freehold atau lease hold). Tentunya, budi bicara jiran sukar untuk dinilai hanya dengan menjeling-jeling ke rumah halaman rumahnya atau sekali dua bertegur sapa. Hasilnya, ramai di antara kita terpaksa mengabaikan ‘checklist’ jiran yang baik dan hanya mampu pasrah agar jiran yang telah atau akan berada di sebalah dan sekitar kita adalah jiran yang baik.
JIRAN DI UK, NEGATIF & POSITIF
Sudah beberapa kali saya sekelaurga mendapat jiran yang bermasalah, teringat ketika menyewa rumah di Puchong Perdana. Jiran depan dan kiri kanan amat menyakitkan. Tiadalah sempat untuk dikongsikan dalam coretan ringkas ini.
Apa yang ingin dikongsikan adalah jiran di rumah sewa kami di Leicester, United Kingdom. Inshaallah rumah yang bakal saya tinggalkan sebulan dua lagi. Alhamdulillah.
Jiran di sebelah kiri tidak membawa sebarang masalah, mereka berbangsa India tetapi begitu pembersih orangnya dan lamannya sentiasa kemas dan teratur. Mereka bersifat orang bandar yang buat kerja masing-masing dan hanya sekali sekala menegur kami sekeluarga sepanjang hampir 2 tahun berjiran.
Jiran di sebelah kanan adalah cerita ‘pahit’ kami. Merupakan orang tempatan (British) dan mempunyai 3 orang anak.
MASALAH SATU
Tanda masalah mereka sudah dapat dilihat sejak kami baru menjejakkan kaki ke rumah sewa terbabit, namun tidak dijangka tekanan akan berterusan.  Masalah pertama yang dikenalpasti adalah ketika rumah sewa ini kosong, mereka rupanya ‘mencuri’ line aerial television di rumah yang kami baru sewa ini. Hal ini hanya disedari apabila technician Virgin Media, UK datang untuk memasang talian internet dan tv di rumah kami. Line tersebut dengan segera diputuskan dan technician berbangsa English tersebut kelihatan sempat menegur jiran sebelah sewaktu menanggalkan kabel mereka.
KEDUA
Masalah kedua yang berterusan sehingga artikel ini ditulis adalah pagar kayu di belakang rumah sewa kami, yang sengaja dibocorkan oleh jiran sebelah kerana membiarkan anjing mereka membuang najis.  Mungkin sejak sebelum kami memasuki rumah ini, telah diajar dua ekor anjing mereka untuk membuang segala jenis najis mereka di halaman belakang rumah sewa ini. Lantaran itu, tabiat itu masih ingin ditersukan walau rumah sewa ini telah dihuni oleh kami.
Lebih teruk dari itu, anjing mereka juga amat kerap membuat bising dan ‘garang’ pula, pantang melihat kami keluar sebentar ke laman belakang, pasti disalak dan adakalanya mengacah-acah untuk mengejar kami.
Ada anak-anak warga Malaysia di Leicester dikejar sewaktu bermain di belakang rumah kami.
Sejak dari itu, menjadi sebahagian ‘jihad nafsu’ bagi saya untuk menguruskan laman belakang, mengumpul dan menimbus najis-najis yang bertebaran. Adakalanya geram juga rasa ingin mencampakkan semua najis terkumpul ke rumah mereka.
Pelbagai usaha cuba dilakukan, bermula dengan percubaan berbincang dengan mereka, namun sebarang perbincangan dengan isteri jiran pasti hanya akan menaikan amarah disebabkan justifikasi pendek akal yang diberikannya.
Sebagai contoh, bila diminta agar jangan membiarkan anjing mereka memasuki laman rumah kami, dikatanya:
“anjing kami bebas untuk pergi ke mana yang disukainya”.
Bila dikatakan mengapa asyik terdapat lubang di pagar kami, dijawabnya  :
“itu pagar kami, suka hati kami untuk membocorkannya“, lalu mereka mendakwa anak-anak penyewa lama yang memecahkan pagar mereka dan sebagai balasan dibiarkan anjing mereka membuang najis di laman kami.
Berusahalah juga pada mulanya untuk kami selaku penyewa baru menuntut jiran yang pelik ini untuk menuntut sebarang ganti rugi dari pemilik rumah dan bukan menyusahkan kami selaku penyewa baru.
“aku sudah menghubungi pemilik tetapi dia tidak memberi respond” kata suami jiran sebelah yang lebih ok berbanding isterinya.
“beginilah, kalau engkau inginkan pagar dibaiki, engkau minta tuan rumah beli dua papan pagar baru dan aku selaku kontraktor boleh memasangnya dengan harga murah iaitu £ 50 sahaja” kata suami jiran yang sememangnya seorang builder,  mencadangkan penyelesaian. Tapi jelas cuba mengaut keuntungan dari konflik pagar ini.
Tiba-tiba, selang beberapa minggu, berjaya dibuktikan melalui agen dan City Council bahawa pagar yang dipecahkan itu sebenarnysa milik rumah sewa kami. Tatkala mengetahui berita itu, jiran ini senyap sunyi. Ternyata mereka memecahkan pagar kami yang disangka pagar mereka.
Tapi buruknya perangai mereka, masih enggan membetulkannya. Terpaksalah saya mendesak tuan rumah membeli saja pagar baru dan sama ada mengupah orang memasangnya atau memberikan kepada jiran tadi dengan bayaran.
Selang beberapa minggu, dua keping pagar baru sampai, dan rupanaya tuan rumah beralah dan membenarkan jiran memasangnya dengan bayaran terus kepada mereka. Gembiralah agaknya jiran ini, masakan tidak, memecahkan pagar kami dan kemudian mendapat bayaran untuk memasangnya pula.!
Alhamdulillah, lega kami sudah boleh menggunakan ruang laman di belakang rumah.
Namun kelegaan itu tidak panjang.
Pagar bocor lagi, kali ini di tempat lain dan anjing mereka masih masuk. Bila ditegur, si isteri menjawab :-
“bukan kami yang lakukan”
Padahal terang-terang sama ada mereka atau anak mereka yang lakukan, kerana kami sekeluarga sukar menggunakan laman belakang rumah disebabkan dipenuhi najis anjing mereka dan sentiasa disalak.
Pelbagai jalan cuba dicari untuk menyelsaikan masalah anjing cerooh kawasan. Namun di UK, anjing ditatang begitu mulia dan mendapat tahap penghomratan seperti manusia. Malah anjing amat istimewa bagi mereka. Justeru, amat sukar bertindak. Di sebuah halaman pihak berkuasa, apabila ditanya maslaah ini, hanya memberi nasihat:
“jika anjing masuk ke kawasan rumah kamu dan menyalak bising, tandanya kamu perlu menjadi rakan kepada anjing terbabit”.
Setelah cuba berusaha mencari jalan terbaik menyelesaikannya, akhirnya, dapat juga dihubungi ‘dog warden’ dan mengadu masalah. Sesudah itu, saya difahamkan dog warden telah menghantar surat amaran kepada jiran, dan jika anjing mereka menceroboh kawasan rumah kami lagi, mereka akan didenda.
Situasi pulih sekitar 1-2 bulan, kemudian pagar yang ditutup, bocor pula di tempat lain. Saya cuba mencari papan-papan tambahan untuk menutup lubang-lubang yang dibuat. Namun setiap kali di tutup setiap kali itu jugalah tempat bocor baru dibuat.
Begitulah keadaan berlalau sepanjang dua tahun, ada pulih seketika setiap kali kami menutup lubang yang dibuat.
TOLERAN ATAU GADUH?
Tatkala itu, terfikir apakah tindakan yang terbaik untuk dilakukan, adakah masih ingin menunjuk sikap lembut? Niat asal ingin memaparkan tingginya hemah dan toleransi muslim. Namun terfikir adakah ia wajar atau lebih baik bertukar sifat kepada ‘brutal’ atau ‘izzah’ ke atas orang kafir lalu melawan dengan kaedah keras?.
Sukar ..
Bimbangkan keselamatan keluarga disebabkan kerana saya kerap ke luar kawasan dan luar Negara. Mereka pula mempunyai kumpulan pembenci muslim di sini. Justeru, terpaksa dibatalkan sebarang tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan dan mengundang masalah lain, khususnya kepada keluarga.
Sebagai alternative, cara ‘offensive’ yang secara tidak langsung digunakan, saya mula membeli beberapa bahan gel kimia berbau kuat yang dibuat khas untuk menghalau anjing. Gel tersebut diletakkan di sekitar lubang pagar, dengan harapan anjing tidak boleh melintasinya. Selain gel, racun-racun tikus juga ditabur berdekatan lubang di sebelah kawasan rumah kami. Ia bertujuan meracun tikus yang memang ada sedikit di belakang rumah kami dan mungkin juga boleh mengacah jiran sebelah agar menjauhkan anjing mereka dari kawasan rumah kami, bimbang memakan racun tikus yang ditabur.
Malangnya anjing masih masuk khususnya apabila semua gel dan racun tikus terbabit ditutupi oleh salji yang turun. Pun begitu, cara tersebut telah berjaya mendapat sedikit perhatian jiran, lalu mereka kelihatan menutup lubang-lubang yang ada.
Namun seperti biasa, lubang baru akan wujud lagi, tidak pasti siapa yang membuatnya, sama ada jiran itu sendiri kerana tidak mahukan halaman belakang rumah mereka dipenuhi najis anjing mereka, atau ia dilakukan oleh anak-anak lelaki mereka yang ‘kurang ajar’.
MAIN BOLA PULA
Anak lelaki mereka juga dengan selambanya bermain bola di tengah-tengah jalan dan memenuhkan kereta kami dengan cap bola berlumpur mereka. Bila ditegur, dengan segera si ibu keluar dan menjawab :
“’kamu letak kereta di tempat awam maka kenalah”
Bayangkan betapa peliknya jawapannya..seolah-olah semua kereta jika diletakkan di tempat awam, maka boleh dihentam sesuka hati oleh bola mereka.
Saya menjawab “jika demikian mengapa sebuah lagi kereta saya di dalam kawasan 'parking' saya juga terkena cap-cap bola mereka. Tolonglah jadi orang bertamadun sikit”.
Dia hanya senyap. Tetapi anaknya terus bermain dihari-hari berikutnya dan minggu-minggu berikutnya. Demikianlah..
KUMPULAN PEMBENCI ISLAM
Beberapa bulan yang lepas, di Bandar Leicester, dianjurkan satu demonstrasi membenci orang Asia dan Islam sekaligus, ia dianjurkan oleh English Defence League (EDL). Banyak pengumuman di media meminta orang Islam agar tidak keluar ke City Center bagi mengelakan sebarang pergaduhan.
Kami hanya duduk di rumah tetapi, anak-anak jiran kelihatan tidak puas hati dan mengetuk-mengetuk pintu rumah kami dan membaling tin-tin minuman ke pintu rumah kami.
Dapat juga kami menghalau mereka dan merampas tin-tin yang digunakan.
POSITIF DALAM NEGATIF
Itu adalah sedikit dari banyak kisah bersama jiran yang buruk. Dari banyak-banyak kisah sakit hati yang cuba kami sabar itu. Pun begitu, ada satu jasa terbesar mereka kepada saya secaya tidak langsung.
Perangai buruk mereka menyebabkan saya lebih motivasi untuk menyiap tesis PhD saya secepat mungkin. Itulah sahaja pilihan yang ada. Berpindah rumah adalah sukar, khususnya untuk mendapatkan rumah yang berdekatan dengan sekolah anak-anak. Tambahan pula setiap kali niat ingin berpindah itu membuak, pastinya tiada rumah di sekitar ini yang ‘available’ untuk disewa.
Tatkala itu, saya sedar, cara terbaik untuk menamatkan masalah ini adalah menyudahkan phd dan balik ke Malaysia.
Alhamdulillah, setakat dua minggu ini, kelihatan anjing-anjing mereka tidak lagi menceroboh rumah kami, dan saya pula telah berjaya menamatkan penulisan dan hanya dalam masa menunggu viva tesis PhD ini.  InshaAllah dalam dua bulan lagi, kami akan keluar dari rumah ini dan pulang ke Malaysia.
ITULAH PENGARUH JIRAN
Demikianlah, besarnya masalah jika mempunyai jiran yang buruk. Malah lebih bahaya, jiran mengetahui waktu kita berada di rumah dan tiada, jika mereka adalah buruk, mereka dengan mudah boleh merancang perkara jahat. Malah pelbagai tekanan tambahan boleh menimpa kita.
Tidak hairanlah nabi s.a.w amat menganjurkan kita berjiran dengan jiran yang baik. Dan yang lebih penting. KITA SENDIRI MENJADI JIRAN YANG BAIK terlebih dahulu, sebelum memikirkan baik buruknya jiran kita. Dengan cara itu, diharapkan semua keluarga mempunyai ‘mind set’ yang sama, iaitu menjadi jiran yang baik kepada jiran-jiran mereka. Hasilnya, sama-sama mendapat kerehatan dan kesejahteraan sewaktu berada di rumah.
Ada yang bergaduh kerana tanah, rumput, pokok bunga, pagar, bunyi, aliran air hujan dan sebagainya. Bukankah baik diselsaikan bersama dalam situasi ‘win-win’. Apalah untung untungnya memberi masalah kepada jiran selain menambah ‘stress’ kepada diri dan menyukarkan diri untuk meminta bantuan apabila terdapat hal kecemasan.. Lebih teruk, mendapat kemurkaan Allah dan azab pula menunggu.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
14 Januari 2011