Followers

Sunday, December 12, 2010

Detik Pemergianmu



Aku merinduimu Ya Rasulullah..


Sebuah kisah tentang totalitas cinta agung yang dicontohkan Allah lewat kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, meski langit telah mulai menguning, namun burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas ungkap kekasih Allah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.Kuwariskan dua hal pada kalian, sunnah dan AlQuran . Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan bersama-sama masuk syurga bersama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang teduh menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Uthman menghela napas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.


"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," desah hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir usai menunaikan tugasnya di dunia.
 

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan sigap menangkap Rasulullah yang limbung saat turun dari mimbar.

Saat itu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu, kalau bisa. Matahari kian tinggi, tapi pintu Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah aku ayah, sepertinya ia baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Satu-satu bahagian wajahnya seolah hendak di kenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,"kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tak ikut menyertai. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap diatas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata jibril.

Tapi itu ternyata tak membuat Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi."Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada didalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik Tampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Lirih Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril membuang muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kaupalingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. " Siapakah yang tega, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, karena sakit yang tak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat niat maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum, peliharalah solat dan santuni orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia itu. Kini, mampukah kita mencinta sepertinya? Allahumma solli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi



Betapa cintanya Rasulullah kepada kita..







INTEAM: Pemergianmu
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa 
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu....


p/s : "apa yang saya temui ialah Nabi SAW memang menyebut ummati..ummati pada hari kiamat nanti ketika umatnya menanti syafaatnya (riwayat al Bukhari dan Muslim). begitu juga Nabi pernah membaca AL QUran sehingga menangis dan berdoa sambil menyebut ummati. maka malaikat jibril datang memberi ketenangan kpd beliau (riwayat Muslim)"



Tuesday, December 7, 2010

Matematik Usia

assalamualaikum..berlabuh sudah tirai 1431 hijrah,hari ni permulaan hidup kita pada 1432hijrah.Ia juga bermaksud semakin dekat kita kepada KEMATIAN dan semestinya kepada hari KIAMAT!! muhasabah sekejap.Saya kira hari ni semua rakyat Malaysia diberi cuti umum sebab 1 muharam 1432h (kecuali yang bekerja mungkin semua tidak).Selamat bercuti.

oh ya,tujuan saya membuka lembaran baru ni sebab saya nak share something interesting yang saya dapat pagi ni. Hari cuti macam ni  bagus untuk rehatkan minda sambil beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan. Tapi bagi sesiapa yang tak keluar berjalan-jalan boleh lah cuba menguji minda anda. Harap follow step-step dibawah ni. Menarik jugak pengiraan ni..Selamat mencuba!!!!!!  :)














hehe game ni just salah satu cara untuk peringatan kembali pada bilangan usia kita je,cuma dengan cara yang lebih menarik ...sudah tua??  ish3..baru sedar ke...ni la hidup.Kalau setiap hari kita renungkan usia kita yang dah banyak ni dan bekal akhirat masih banyak lagi kurang mesti kita dah tak fikirkan nak tamakkan nikmat dunia.kan kan??? 

Thursday, December 2, 2010

Sahabat...Menangislah Kerana Allah

Sahabat..
Pernahkah anda menangis? Menangis adalah fitrah manusia...setiap tangisan ada harganya dan nilai tersendiri.

Firman Allah AWT, “…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (Surah An Najm, ayat 43)

Kita sering lihat orang menangis atau kita sendiri yang menangis,banyak sebab dan alasan disebalik semua itu. Saya pun pernah menangis,sahabat semua semestinya pernah menangis.Malah tangisan adalah suara pertama kita dengar apabila bayi dilahirkan di dunia.Kita semua memang dan pasti melalui waktu itu.Mungkin kita menangis kerana musibah yang menimpa,mungkin juga sebab lain.Bila sesuatu yang sedih ataupun kita tak suka berlaku,baru kita sedar yang tangisan itu satu senjata yang sangat power untuk kita kurangkan sedikit keresahan di hati serta kita mengharapkan Allah mendengar rintihan kita disamping  mengharapkan keampunan dan rahmat Allah.


Bila saya muhasabah balik,masalah menimpa bukan bermakna Allah tak sayang pada hambanya tapi sebab Allah nak dengar hambanya merintih meminta kepadaNya...dan Allah sesungguhnya malu untuk tidak mengabulkan doa hamba-hambanya yang benar-benar ikhlas memohon sesuatu kepadaNya.




12.25 am : masalah adalah lumrah..saya cuba memujuk hati untuk tidak terus menyalahkan suasana dan keadaan sebaliknya bersikap husnuzzhon kepada apa yang telah berlaku.Sekitar 9.30pm-10.00pm kesabaran saya dan sahabat baik saya Najiah Athirah (naja) teruji.Mungkin ada khilaf kami tapi bukan balasan seperti itu yang kami harapkan.Untuk menghindari dari sikap kufur dan berburuk sangka pada Allah (nauzubillah) saya cuba membuka beberapa site yang saya gemar singgah tapi setelah beberapa waktu tiada satu artikel@nasihat yang masuk ke jiwa saya.Keraskah hati saya?? Saya tidak mengalah tapi terus membaca untuk menghalang syaitan menusuk jiwa saya dengan hasutan dan bisikan jahatnya.Bagi saya dengan pembacaan saya dapat berfikir dan bertindak rasional.Satu blog seorang sahabat yang mengulas ringkas tentang jenis-jenis tangisan membuat saya sedar akan hakikat airmata.Disini saya menilai jenis tangisan yang bagaimana telah saya curahkan dan saya tak nak tangisan saya adalah kerana saya mengeluh dengan sikap manusia tapi biarlah kerana Allah.






copy-paste-sebuah renungan buat kita bersama mengenai tangisan ini.

10 jenis tangisan menurut Ibnu Qayyim al-Jawziyyah

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis.



Semoga Allah menilai tangisan saya dan sahabat di level yang paling tiggi darjatnya.Doakan hati saya dan antum semua dijaga Allah.salam mahabbah.