Followers

Friday, August 27, 2010

Syaitan Itu Kreatif

Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?




“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya.



Saya tersenyum. Ada kebenarannya. Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan. Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran… tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.



Begitulah. Semoga kisah dialog di bawah boleh dijadikan cabaran untuk minda bagi terus memperjuangkan kebenaran. Kita mesti lebih kreatif daripada syaitan!



KISAH TIDAK LAMA DULU



Bertemu dengannya dahulu merupakan satu penghormatan. Apa tidaknya, dia sudah berubah – ke arah kebaikan.

“Mengapa tiba-tiba?” tanya saya.

“Hidayah bang…” jawabnya sidia pendek.

“Bagaimana dengan segalanya?” Risau saya dengan profesyennya.

“Allah ada. Allah akan membantu segalanya.”

“Syukur,” kata saya perlahan.



Setahun kemudian.

“Lihat ini..” kata seorang sahabat sambil menghulurkan sekeping gambar.

“Betul ke ni?”

“Apa kau ingat ini ‘super-impose’?”

Saya terdiam. Kaku.

“Mana pergi tudungnya?”

“Itu..” tuding jari saya kepada tudung merah di atas kepalanya.

“Itu tudung?”

“Yalah, bertudung tapi tidak menutup aurat.”

“Bertutup tapi terbuka, tahupun…” katanya seakan menyindir.

Bila kenalan itu pergi, saya tatap sekali lagi gambar yang ditinggalkan. Kesihan saya melihat wajah sidia yang terbaru. Terasa, betapa kekadang hidayah datang dan pergi berselang-seli. Masih terbayang tangisannya tempoh hari, ketika menceritakan bagaimana terbuka pintu hatinya menginsafi dosa-dosa lampau.

“Bang saya insaf bang…“

Lantas, tanpa sesiapa yang memaksa… dia mengenakan tudungnya. Lengkap, labuh, menutup aurat berpandukan syariat. Tidak jarang, tidak ketat, tidak mengundang fitnah bertandang. Sempurna. Sejuk, mata memandang. Dingin kalbu merasakan. Betapa hidayah itu singgah tanpa mengira siapa, di mana dan bila? Dulu sidia terpilih, sekarang kembali tersisih?



Kini tiba-tiba segalanya semacam ‘ditarik’ kembali. Tudungnya makin singkat. Dari mulanya di bawah paras dada, naik ke paras leher dan akhirnya kembali membuka leher, dagu dan… Paling malang, tingkah yang dulunya mula terjaga, kini lepas bebas kembali. Kata sesetengah yang setuju, biarlah… itu lambang Islam dinamik. Bertudung tapi masih boleh meliuk-lentuk, terkinja-kinja dan bersuara manja. Yang penting hati… Asal hati baik, tidak mengapa. Yang penting isi, kulit tak apa. Kalau begitu kenapa dulu perlu bertukar kulit? Insaf dan taubat sahajalah, tak payah bertudung litup seperti kelmarin!



Saya teringat kuliah yang pernah disampaikan oleh seorang ulama satu ketika dahulu:

“Syaitan terlalu kreatif…”

Kreatif? Bisik hati saya.

“Kekadang syaitan tidak menghasut manusia meninggalkan daerah putih menuju daerah hitam… Tetapi dia mengujudkan lebih banyak daerah ‘grey’ – warna keperang-perangan, yang hakikatnya bukan lagi kebenaran.”

Terfikir saya, inilah jerangkap kebatilan yang dianggap kebenaran. Topeng baik bagi melempiaskan kejahatan yang dulunya terpendam. Ya, syaitan terlalu kreatif. Ada-ada sahaja ‘was-wasan’ baru yang ditiupkan ke jiwa insan agar meminggirkan jalan Tuhan.



Hasilnya… sekarang kita dapat lihat bagaimana ada gadis bertudung di kalangan Mat Rempit. Ada wanita bertudung yang melalak dengan gaya bebas terbabas dari nilai akhlak dan kesopanan. Atau peragawati bertudung dengan langkah ‘catwalk’ dengan dada, ‘make-up’ galak sambil yang mengundang pesona dan ‘aura’ dosa. Dan lebih ‘daring’ lagi kita dapat lihat tarian ala-ala gelek oleh gadis bertudung… Atau sekarang pun sudah ada bunga-bunga munculnya Rockers wanita bertudung? Ah, apa ni? Daerah ‘grey’? Atau segalanya sudah hitam, kelam, kusam.



Teringat juga saya pesan daripada seorang yang saya sangat hormati kerana ilmu dan kewarakannya:

“Tudung wanita itu ada empat… tudung pada wajahnya, tudung pada mata, tudung pada suara, tudung pada hati.”

Apa ertinya?

“Tudung pada wajah… jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah pingitan buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi. Tudung pada mata… jangan matanya memandang lelaki lain selain muhramnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang, tidak memandang. Tudung pada suara… jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati… mengingati Allah… dengan tasbih Siti Fatimah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar…”



“Jangan terlalu ekstrem,” tegur seorang kawan bila saya lontarkan pandangan betapa wanita bertudung masakini sudah semakin hilang ‘penghormatannya’ (baca betul-betul… bukan ‘kehormatan’). Bagi saya kuantiti orang bertudung meningkat tapi kualitinya merudum.”

“Bukan begitu. Menutup aurat ada tujuannya… tercapaikah tujuan dengan penutupannya. Jika tidak, hakikatnya mereka masih terdedah,” balas saya perlahan.



“Aku tak faham. Maksud kau?”

“Seperti juga solat. Tujuannya mengingati Allah, kesannya pasti dapat mencegah kejahatan dan kemungkaran. Begitu maksud Al Quran apabila menjelaskan tujuan solat didirikan.”

“Lantas?”

“Jika solat tidak mencapai tujuan pasti ada sesuatu yang menyimpang. Samalah seperti hukum menutup aurat, tujuannya menjaga akhlak dan kehormatan. Maknanya kalau sudah menutup aurat, tetapi masih tercalar akhlak dan kehormatan… tentu ada yang salah dalam penutupannya.”



“Jangan ektreem sangat. Tutup aurat bukan ertinya kita menutup keindahan. Tak salah berhias, menarik, cantik.”

“Keindahan mesti didasari oleh kebenaran. Ingat, setiap keindahan tidak semestinya satu kebenaran…”

“Jadi kebenaran menolak keindahan?”

“Keindahan itu satu kebenaran!” balas saya cepat.

Ya, atas alasan bertudung tidak menafikan keindahan pelbagai ‘aksesori’ ditokok-tambah menjadikan tudung lebih dimertabatkan sebagai ‘fesyen’ orang ‘baik-baik’ dan orang ‘cantik-cantik’ berbanding syariat wanita yang beriman!



“Hormati, itukan era transisi” kata seorang sahabat seakan memujuk saya.

“Transisi? Apa maksud mu?”

“Sebelum lengkap bertudung… err… maksudku menutup aurat, biarlah mereka berskaf dulu. Tu pun dah baik daripada sebelumnya yang tak menutup kepala langsung.”

“Transisi, ke arah mana? Aku tidak bercakap tentang orang yang tak bertudung langsung. Tetapi aku bercakap tentang individu yang dulu tak bertudung, lepas tu bertudung, kemudian berskaf sahaja… ini transisi ke arah mana? Nak bertudung semula atau nak tak bertudung semula?”

Dia diam. Bungkam. Marah sayapun kerana sayang.



“Langkah pengalihan mesti diiringi oleh pengisian. Jangan tutup kepala sahaja, tetapi isi kepala yang ditutup itu dengan ilmu. Mereka yang tidak menghadiri majlis lebih 40 hari, hati menjadi gelap. Kemudian cari kawan-kawan yang sehaluan. Penghayatan agama kita dipengaruhi oleh kawan-kawan kita…”

“Kau kata mereka tidak ada ilmu?’”



“Bukan begitu. Menuntut ilmu mesti berterusan. When you stop learning, you stop leading – maksudnya, jika kita berhenti menuntut ilmu kita akan berhenti memimpin. Sekurang-kurangnya memimpin diri sendiri,” kata saya.

“Sekali lagi. Kau meragui ilmu mereka?”

“Ada sebab untuk aku meraguinya? Maaf, aku pun bukan baik. Tetapi kita tidak boleh berdiam melihat kejahilan berkata-kata.”



“Maksud kau?”

“Ada yang berkata, dia masih menutup aurat kerana dia memakai rambut palsu! Bayangkan apa yang orang begini faham tentang hukum menutup aurat? Pernahkah dia mendengar tafsir Surah An Nur? Pernah dia belajar tafsiran hadis tentang aurat wanita Islam? Peliknya, suara semacam ini semakin nyaring sekarang.”



Aku diam. Tafakur. Semua itu imiginasi untuk tulisan ini semata. Namun itu bukan ilusi. Aku tidak pernah punya kesempatan untuk menuturkannya. Lalu Kemudi Hati ini menjadi wadahku berbicara. Untuk diri, isteri, anak perempuanku dan anda wanita-wanita Islam semua. Antara syaitan bisu dan syaitan yang licik berkata-kata, kekadang kita jadi semakin bungkam… menjadi ‘malaikat’ yang diam? Oh, tidak… Rasul berpesan: katakan yang benar walaupun pahit!

http://genta-rasa.com/

Terima Kasih ^_^

comel tak??? ni saya snap kat seremban taw..SALAM SAYANG kat semua.....pakej:sori ada aidilfitri.he3
salam 17 ramadhan...eMMmmm...saya penah diberitahu tentang kisah para sahabat Nabi SAW yg mana dgn tahap ketinggian iman yakin yg dimiliki mereka, Nabi SAW tetap tiap-tiap hari mengajak mereka memperbaiki iman, walaupun dgn terangnya mereka cukup beriman pd Allah Ta'ala.


saya sbnrnye tak de point ape nak ckp, baru je lepas baca satu majalah faveret saya (solusi) it's just that i feel like to copy and paste the notice displayed at the right side of this blog (under the column Ya Muhaimin tu- ..but never mind....my mind keep saying that you should write something TODAY....

there..

hari ni saya nak ucapkan terima kasih...terima kasih...terima kasih...terima kasih....terima kasih....terima kasih.....huhuhuhu (dah macam org sakit plak...)

firstly,
nak ucap terima kasih kat abah dan ma saya yang telah banyak bersusah payah membesarkan saya hingga umur pun da banyak ni..hehehehe..stop thinking that u're still young kalo dah umur pon 19..ok,kepada sesape umur 19 jangan marah.*_*.. bebalik kepada point asal TERIMA KASIH ABAH DAN MA..

next,
saya nak ucap terima kasih kat adik bradik saya yang memang terlalu ramai....tambah segala jari tangan anda yer..^_^  ....kak mi,kak ngah,kak ros, kak ja , abe , milah, (xlupa trima kasih diri sdri) , ain, arif, dan fadhli....kasih sayang antara kita takkan pernah putus sampai syurga,...ameen...

then,
terima kasih kat sahabat2 yang banyak mewarnai hidup saya...kehadiran teman2 sekaligus melengkapkan putaran hidup manusia bernama SURAYA YASIN ni...hehehe ..saya mohon ampun dan salah silap andai diri ni ada terkasar@mengguris hati mana2 pihak (macam nak raya pon ada..ki3)...satu lagi ikhlas saya nak pesan,i wish people (if any) stop thinking that i am such a very nice muslimah. byk sangat2 bnda sy kena perbaiki, byk sangat bnda yg sy tak tau ape pon.so,please guide me,not praising me too much...i'm not perfect... :(
satu lagi, sy mintak maaf sgt2 klu selama ni ade ayat2 yg sy guna menyinggung perasaan sesiapa.. ape yg sy sebut (ayat2 tentang yakin pd Allah SWT dan yg sewaktu dgnnya) bkn lah sy reka semata-mata tp dah mmg tu janji-janji Allah SWT. sy hanya sampaikan (di blog or facebook) bcoz at the same time ianya memberi kesan pd hati sy dan dgn izin Allah, sy terasa utk berkongsi...ok??? smile  ^_^

last,saya nak kasi hadiah kat pembaca semua,adik bradik saya ke,ma n abah saya ke (wpon saya taw dorang xbaca..huhu) n sahabat2 smua....jap ea...

loading......loading......loading.....loading.....loading.....loading....(lambat tol tenet ni..hek3)

tada!!!!
ikhlas taw...buat bukak pose k.... :)

ok la,nanti kenyang bagitaw k..heheheh...sayonara!!!

Saya Perlukan Teman Wanita

Perlukan teman? Sudah bersedia menampungnya ke syurga? Sudah berusaha untuk bersamanya membina dunia? ~ picture by aglayan-agac of Deviant Art

Saya terfikir sesuatu.




Ini boleh dikatakan idea lama yang saya baharukan.



Sengaja mencari kelainan.



Bagaimana agaknya kalau jiwa meronta mencari teman? Namun sejauh manakah dia meletakkan akalnya di atas neraca keimanan di tengah kegelisahan?



Satu perkara menarik, untuk diberikan pandangan.



Saya perlukan teman wanita, maka di manakah penyelesaian?









Rontaan jiwa



Aku perlukan teman wanita.



Aku rasa sunyi. Aku rasa sepi. Aku mahu ada teman yang ada di sisi. Yang boleh diajak berkongsi itu ini. Yang sentiasa ada ketika aku memerlukannya. Yang mencari aku ketika dia pula yang memerlu.



Aku ingin ada teman, yang sentiasa tersenyum dengan senyumanku. Yang berkongsi air mataku. Yang mendamaikan jiwa laraku. Yang menghapuskan gelisah hatiku.



Badai hati tidak terkata. Gelora jiwa sangat terasa. Sukarnya hidup berseorangan sahaja. Kala cabaran-cabaran datang menerpa. Mungkin sahaja diri akan tumbang. Seandai teman di sisi tiada.



Rasa diri ini sudah besar.



Rasa diri ini perlukan teman.



Cinta membuak-buak. Syara’ perlu dijaga. Maka aku inginkan teman. Biar diri tidak tercela.



Resah, gelisah, berpusing-pusing payah.



Siapakah yang mendengar suara hatiku?



Bantulah aku!





Muhasabah hati



Pause.



Wahai jiwa yang meronta. Aku hati memahami. Kondisimu yang tersepit ini aku juga merasai. Tetapi bukankah lebih baik kau tidak menyempit diri. Pandanglah dengan keluasan, apa kau telah bergerak dengan kesediaan?



Kau kata perlu teman. Apakah atas dasar nafsu atau memenuhi tanggungjawab Tuhan?



Kau bicara kau perlukan teman, mengisi kekosongan hidup dan membuang kelaraan. Tetapi apakah kau telah bersedia mempersiapkan diri untuk membawanya ke syurga, dan dari neraka menjauhkan?



Kau bising akan kesunyian, kesepian, itu aku memahami. Resah gelora gelisahmu itu bukan satu tipuan, itu aku tahu.



Cuma, dalam ketergesaanmu menuruti jejak kegelisahanmu itu, bukankah sepatutnya kau memandang dengan keluasan.



Bukanlah menjemput teman wanitamu itu, sekadar menyelesaikan masalahmu.



Tetapi ia juga menjemput banyak masalah dan tanggungjawab baru.



Memimpin manusia ke syurga, menjadi contoh 24 jam tanpa wujud kerehatan, mencari nafkah membina keluarga, mentarbiyah teman wanitamu itu ke jalanNya. Dan banyak lagi yang mungkin kau tidak terfikir dan jangka.



Apa, kau fikir dengan wujud teman wanitmu di sisi, maka hidupmu telah berakhir?



Tambah sedih kalau kau inginkan teman wanita dengan cara yang illegal di sisi Allah SWT.





Kadang-kadang kita lupa



Play.



Kadangkala, kita lupa akan tanggungjawab.



Berkahwin atas dasar nafsu semata memang akan wujud kerapuhan. Walaupun mungkin jalan yang diambil adalah syara’. Asas binaan terhadap rumah tangga bukan hanya perkara-perkara teknikal semata. Tetapi juga niat dan matlamat, kefahaman da kejelasan apakah erti membina keluarga.



Ramai orang menterjemah nafsu. Pada saya, hendakkan teman itu sahaja sudah satu nafsu. Tidak semestinya seks sahaja dikategorikan di dalam nafsu.



Ramai orang menterjemah kerapuhan rumah tangga. Pada saya, tidak mendidik anak dengan baik ke arah Islam, atau tidak berusaha membawa keluarga menjadi hamba yang diredhaiNya, itu sahaja sudah satu kerapuhan rumah tangga. Tidak semestinya perceraian atau pergaduhan suami isteri sahaja dinamakan kerapuhan rumah tangga.



Perkahwinan yang baik, rumah tangga yang baik, adalah apabila seseorang itu memahami apakah tujuan rumah tangga itu dibina, dan apakah sumbangan sebuah rumah tangga kepada ummah. Di sinilah dia akan melihat betapa tanggungjawabnya, lebih besar dari nafsunya. Di situlah, nafsunya akan dikekang kuat, agar dia sekurang-kurangnya berusaha untuk bersedia memikul tanggungjawab tadi.



Perkahwinan, rumah tangga, bukan isu personal sebenarnya. Ia adalah isu ummah. Batu-bata ummah adalah rumah tangga-rumah tangga. Sekiranya institusi rumah tangga ini hancur, maka rapuhlah ummah. Dan hakikat bahawa batu-bata bagi rumah tangga pula adalah individu, bukan boleh dielakkan. Justeru individu perlu memerhatikan perkara ini dengan serius. Kerana hal ini adalah tanggungjawab.



Bukan hanya tahu melayan gelora jiwa. Bukan hanya pandai berasa hati.





Penutup: Bukan isu menunggu sempurna. Isu merasa tanggungjawab dan berusaha

Kalau nak tunggu sempurna, memang sampai ke sudah kita tak akan berkahwin. Atau yang berkahwin silap haribulan akan rasa nak ceraikan pasangannya sahaja.



Manusia, memang tak akan sempurna. Berulang kali saya ingatkan.



Tetapi manusia boleh berusaha untuk bergerak ke arah kesempurnaan. Sekurang-kurangnya, jika dia tidak menjadi sempurna pun, dia adalah hampir kepada sempurna.



Apa yang cuba dihighlightkan di dalam artikel ini adalah ‘tanggungjawab’.



Kadangkala remaja gelora jiwanya besar. Tahu nak kahwin aja. Perancangan tak ada. Kefahaman tak ada. Rasa tanggungjawabnya rendah. Disiplin diri tidak dibina. Peribadi tak dilatih. Akhirnya yang terlahir hanyalah rumah tangga yang tidak mampu menyumbang secara maksima untuk kegemilangan Islam. Ini sepatutnya diperhatikan dengan serius, jika benar kita hendak mengembalikan Islam sebagai pemerintahan dunia.



Di sinilah bicaranya.



Rasa perlukan Teman Wanita?



Boleh fikir panjang sikit.

posted by : http://ms.langitilahi.com/

Tuesday, August 24, 2010

reunion spm batch09 uia-usim-kuis

assalamualaikum...

dari kanan:radhiyah,amalina,ira,atiyah,milah,syitah,kunih,lin,pah,yana,ruqiah,che nor n sahabat uia seperjuangan
nik-bbaju biru  :)
alhamdulillah,masih dalam fatrah ramadhan.....Sabtu lepas, geng2 sekolah menengah saya (maahad syamsul maarif lilbanat) buat mini gath nak bukak pose sama2. Walaupun tak ramai yg join, cuma lebih kurang 15org (including me), tapi "majlis" berjalan lancar dan havoc..sampai masjid pun agak gege disebabkan kehadiran kami...huhuhu

first of all,mini gath ni Start kul 5 tajam katanya tapi memandangkan semua macam was2 je nak datang awal, maka majoriti datang kul 6.00pm. Hanya ira,kunih,syitah ngan lin je sampai awal. saya dah ready dr kul 5.30 tapi ready kat dorm je la..hekhekhek,menunggu sambil berehat sebab sebelum tu pegi giant beli smthing kat dorang...

mula2 sampai,kami agak kekok nak salam2 neh,maklumla da lama xjumpa...(wpun baru setaun kot..hehehe)..tapi mmg "majlis" kami berjalan ngan lancar la...alhamdulillah..saya sebagai ketua marhaban(hahaha) ajak dorang p jenguk bazar2 ramadhan yg ada sekitar uia nilai ni...kunih yang memang mnusia xleh tengok makanan telah menyerbu beberapa buah kedai dan merembat beberapa ringgit kuih...masa tu yg ada hanya sahabat2 dari kuis jer memandangkan sahabat2 usim yang jaraknya memang jauh (panggil xdengar) blom sampai...jadi kami pun telah naik haji lah pada petang dengan bertawaf bazar2 tersebut entah berapa kali smbil menunggu sahabat2 usim sampai...da,pukul 6.40 tajam,sampaila dorang bagai kerang busuk meminta maaf atas kelewatan yg agak melampau itu,,...hahahaha(jngn marah)...

nak dijadikan lagu,(ngee..) sedang asyik bersalaman ngan pipah betul2 dihadapan satu kedai tu,tiba2 datang satu lembaga berjubah petak sepasang ngan tudungnya skali telah mengejotkan saya dari belakang..maka saya yang memang tak boleh terima cara suprize macam tu (konon2nya) telah melatah dan hampir didengari oleh rakyat jelata yang ada kat bazar tu,.,,...huhuhu..tapi nasib baik suara ni tak seperti suara mic...hehehehe


                                                       inilah makhluk bertuah itu....hihihihihi
usai membeli kat bazar tu,kami pon berjemaah pegi ke masjid (plan asal buat kat kawah thai tapi saya enggan atas sebab waktu maghrib anak dara kat restoran..agak tak sopan)...oleh sebab ambil masa agak lama ber "shopping" so sampai masjid time tu da dekat nak azan..juz tunggu bebuka je la...dalam 5mnit waiting for that azan,bilal masjid yg bersuara lunak tu pon telah melaungkan azan..saya telah mengambil alih tugas sbgai ketua kuarga(hihi) membaca doa bbuka puasa diiringi dengan maksudnya skali (nak suburkan kembali sifat bersyukur saya dan sahabat2..hehe) dan kami pon telah memakan semua makanan itu sampai kenyang...alhamdulillah..... :)


habis makan semua,kami tunaikan perkara wajib solat maghrib berjemaah kat masjid nilai tu...rasa macam baru je solat berjemaah kat sekolah ber imamkan ustaz ustazah...sedih menyelubungi saya time tu bila tiba terkenang zaman skolah dulu...berjuang menuntut ilmu di teratak serba kekurangan tapi penuh dengan kasih sayang :( ...tapi kami mengerti erti pertemuan,pasti ada perpisahan...perjuangan kami masih panjang....
selesai solat,kami keluar dari tempat solat wanita dan kembali ke beranda masjid...peluang yang ada kami tak lepaskan,kami bergambar kenang-kenangan,jadi saya yang memang agak taksub bila tengok kamera pon terus men snap beberapa keping foto besama dorang.....


sahabat dari kuis :)

barisan depan sahabat dari usim :)



dorang semua sbenanye berhajat nak solat trawikh kat sini tapi memandang kan kami ni pmpuan,nak dikira solat trawikh kat sini agak lambat la..so dorang putuskan untuk balik selepas solat isyak....sebelum bpisah tu saya ada pesan kat dorang klau lalu kot jalan2 area sini,singgah2 la kay uia ni yer dan ziarahlah kami disini....huhuhu

i hope..next gath kita buat lagi proper. Ajak ramai lagi macam yang akan berangkat ke mesir ni,aini sofiya yang telah terbang ke kuala lumpur pada hari majlis,syarifah maryam yang telah pulang ke gagangnya ( kihkihkih) dan ramai lagi yang ada...All the best to all of u and May our frenship remains forever. I looove u olsss!

disini saya hadiahkan sekalung doa buat semua sahabat seperjuangan saya....UHIBBUKUM JIDDAN LILLAH..



DOA ROBITOH
Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan
Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…
Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela
Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu
Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela
Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami...

[Doa Rabitah-Izzatul Islam]

Saturday, August 21, 2010

...::buat insan bernama adam::...

Perempuan Sombong!
Jika itulah gelaran yang dikau berikan,
Maka aku menerima dengan redha,
Apalah lagi diri yang hina ini mampu berbuat?
Apakah layak untukku mengatakan,
“Berhenti! Jangan menganggapku begitu”




Perempuan Sombong!
Jika itulah tafsiranmu padaku,
Maka teruskanlah,
Apalah lagi yang mampu aku lakukan,
Selain berdiam dan berdoa,
Agar Allah merahmatimu sentiasa,




Perempuan Sombong!
Tidak tahu bersosial dan perasan bagus,
JIka itu yang terkeluar dari mulutmu,
Maka aku hanya mampu tersenyum hambar,
Meski di dalam hati berselimut duka…




Duhai insan yang bergelar Adam..
Ketahuilah hakikat yang tersurat,
Aku ini adalah Hawa yang dicipta dari tulang rusuk yang bengkok,
Diutus ke dunia sebagai perhiasan matamu,
Setiap saat diriku mampu menjadi fitnah dunia,
Setiap saat ku berjalan,
Mengharap pada redhaNya yang satu..



Aku bukan insan sempurna,
Bukan jua insan maksum yang tak punya dosa,
Dosaku menggunung tinggi,
Dalam keterbatasanku menjaga syariat,
Terkadang aku tersungkur dan terjatuh.


Duhai Adam,


Sombongku bukan mainan,
Sombongku adalah satu suruhan,
Suruhan dariNya agar tidak melekakanmu,
Agar engkau bisa melangkah gagah menegakkan kalimah Allah,
Agar engkau bisa menjadi perwira Islam sebenar,

Kerana aku,
Hanyalah seorang insan yang lemah….

Duhai Adam,
Tatkala usikanmu ku diamkan,
Tatkala perasaanmu ku abaikan,
Tatkala dikau memanggil dan aku melangkah pergi,


Ketahuilah…
Itulah hakikat sayangku pada insan bergelar Adam…….

credit to: ukhti masturamohdyusuf.blogspot



mencari calon solehah

mujahadah menjadi solehah untuk beroleh yang soleh

Hafiz berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang. Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran. Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu. “Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”



Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku. Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH. “Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan."

Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru!!!.


“ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ke?” eh, tiba-tiba pula Tok Ayah mengutarakan soalan cepu mas ini. Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar.

“Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah .” Harap-harap inilah alasan yang agak kukuh.



“Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz!!. Alamatnya, sampai Tok Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajatnya. ”


“ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada lah jugak jumpa…” sempat juga aku melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng.

Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihanah. Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat! Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini.


“Calon isteri yang solehah.Orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betu!!,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topik tersebut. Aku sekadar tersenyum. Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat. Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian.


“Raihanah ada sebarang pendapat? ” soal Tok Ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu.“Sekadar pendapat Tok Ayah. Jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips ". Riuh seketika. “Sebelum kita kaji dan tilik bakal isteri kita paling afdal kita tilik diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita!” aku sedikit terkelu. Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosongku, tidak terluah.


“Nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh ". Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu.


“Tapi, ada jaminan ke kita akan mendapat bakal isteri yang solehah? ” ada Qariah muda berani untuk mengutarakan soalan. “Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.” Raihanah melepas lelah barangkali. Lalu dia tersenyum.


“ Teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi . "


“Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga?...bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi... insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.” Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini.


“Hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia!!”. Kenyitan mata Syahid sewaktu menyerahkan surat bersampul unggu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan lamunannya. Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya, Raihanah!! . Calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian CALON SOLEHAH.

Syukur Ya Allah!!! .
Diambil daripada :ILuvIslam

Monday, August 16, 2010

....:: cinta tanpa syarat::....


Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Al-Israa’ 17: 24)
“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.
Itulah doa saya sebentar tadi, semasa bersolat zohor.
Entah kenapa, tiba-tiba hati saya terlalu tersentuh dengan doa tersebut. Sedangkan sudah berkali-kali saya membaca doa yang sama. Adakah kerana rindu saya terhadap ayahanda yang sudah masuk 14 tahun meninggalkan kami. Ya, saya rindukannya, terutamanya ketika hidup saya diasak dengan pelbagai cabaran, dan saya rindukan tangan ayahanda yang sering menepuk bahu agar masalah saya mengecil dan pergi oleh senyumannya.

Apakah saya terharu kerana saya rindukan bonda di kampung. Kampung yang sunyi, bersama teman-teman berbualnya yang pulang ke pangkuan Ilahi, seorang demi seorang. Bonda memang kesepian, hanya panggilan telefon dari anak-anaknya sahajalah pengubat sunyi itu. Mujurlah bonda kuat membaca. Majalah I saya hantarkan setiap bulan, kulit ke kulit habis dibacanya. Tazkirah Untuk Orang Mengaji oleh Ustaz Sonharji, saya belikan dan cepat sekali bonda menghadamnya. Kata bonda, “jika sunyi dan tak buat apa-apa, kenalah baca buku. Kalau dibiarkan otak beku, nanti datang jemu dan nyanyuk, jadi pelupa dan kemudian susahlah anak-anak nak melayan orang tua yang begitu.”
Saya memang rindukan emak. Emak juga rindukan suaminya. Jika diselak langsir dapur, sayup-sayup kelihatan sepasang nisan pusara abah di tepi masjid sebelah rumah. Emak sering termenung di tingkap itu, merenung kisah silam mereka, dan kenangan manis membesarkan kami berlima. Arwah opah pernah berkata, “aku hairan tengok kamu berlima ni. Dari kecil sampai besar, tak pernah bergaduh. Walhal hero-hero belaka!” Saya juga terkenang, memang kami berlima hero-hero belaka. Semua adik beradik saya lelaki tetapi kami memang tidak pernah bergaduh.
Mungkin semua itu kerana watak abah. Dia menjadi tumpuan kami dan kami sentiasa bergelak ketawa hingga ke meja makan. Kami tiada masa untuk bergaduh kerana semua ketawa dan sedih kami adalah bersama abah. Namun selepas abah pergi mengejut oleh serangan jantung, keluarga kami sunyi hilang ketawa. Sepi..
Kucing-kucing belaan kami yang suka menjilat peluh abah semasa dia sakit terlantar, turut mati seekor demi seekor. Begitulah kami di rumah, tertumpu pada abah. Kini emak saya pula melayan sepi dan sunyi itu sendirian. Saya sangka, saya sukar menemankan emak kerana saya terhumban di hujung benua. Selepas lebih sedekad saya di luar negara, saya segera pulang ke kampung halaman. Namun selepas bekerja di KL, rupa-rupanya keadaan tidak banyak berubah. Saya masih sukar untuk balik ke kampung, akibat Kuala Lumpur dan kehidupan saya yang amat menekan masa.
Saya jatuh rindu dan saya mohon ampun dari Allah atas dosa saya membiarkan emak kesunyian di kampung.
Tetapi tengah hari tadi, saya tidak hiba kerana itu. Ada sesuatu yang lebih halus darinya. Mungkin sebentar tadi, buat kali pertamanya saya dapat merasakan apakah sebenarnya yang saya minta dari Allah, Tuhan yang telah memberikan seorang ibu dan bapa yang pengasih kepada saya.
Mengapakah apabila saya merintih keampunan dari Allah, saya kaitkan ia dengan kasih sayang bonda dan ayah semasa saya kecil?
Hari ini saya berusaha memikirkan jawapannya.
“Rizal minta maaf emak sebab susah sangat nak balik ke Ipoh. Kerja tak habis-habis. Lagi pun ada masanya Rizal cuti, tapi Muna pula yang kerja. Saif selalu menyebut tentang opahnya. Naurah pun dah makin besar. Imad pun dah pandai meniarap”, keluhan saya kepada emak beberapa ketika yang lalu.
“”Tak apa, mak pun minta maaf sebab jarang dapat ke Kuala Lumpur. Kaki mak ni asyik sakit, kepala pun berat. Tak seronok nak berjalan-jalan kalau begini. Datang rumah kamu pun nanti menyusahkan sahaja. Asalkan kamu ingat emak dalam doa, Alhamdulillah”, itulah suara dari hati emak.
Semasa berdoa tadi baru saya sedar, emak amat pemaaf. Dia memaafkan saya dan adik beradik yang lain tanpa menyoal apa-apa. Paling menyerlah, pemaaf emak semasa saya kecil…
Saya pernah teringin untuk minum air sirap ros, tetapi patinya sudah habis. Semasa emak sibuk menanda buku latihan anak-anak muridnya, saya ke dapur dan cuba memasak gula di dalam periuk. Secawan gula dicampur dengan pewarna merah, dimasak di atas api. Saya baru darjah tiga dan tidak terfikir untuk menambah air. Akhirnya gula hangus dan beku, periuk berkerak dan hampir mustahil untuk dibersihkan. Kerana takut, saya simpan periuk itu di dalam kabinet dapur. Seminggu masa berlalu, apabila emak terjumpa periuk itu, dia tahu itu angkara saya. Dia tidak marah tetapi mencebikkan muka kesedihan.
“Emak tak marah?”, saya cuba memberanikan diri bertanya.
“Emak tak marah kamu cuba masak gula ni. Tapi emak sedih sebab kamu sorok periuk ni dalam kabinet”, itulah katanya.
Saya menangis kerana terasa bersalah cuba menipu emak dan dia dengan segera memujuk.
Saya pernah cuba membasuh kain sendiri, tetapi kerana lupa memasukkan getah ke bilik air, habis seluruh dapur banjir ditenggelami air sabun. Emak tidak marah.
Saya juga pernah berayun di buaian sambil berdiri walaupun ditegah. Apabila buaian terlalu laju, saya tercampak dan muka tersembam ke pasu bunga. Sampai ke hari ini saya masih dapat merasa tuam pasir panas di pipi yang sudah kebiru-biruan. Emak tidak marah.
Abah juga tiada bezanya. Dia tidak pernah memaksa saya membaca buku tetapi jika gagal mendapat tempat pertama, dia menepuk bahu saya sambil berkata, “nanti mainlah lagi ya. Jangan baca buku.”
Dia tidak marah tetapi saya sendiri yang rasa terseksa dan bersalah.
Saya pernah bergaduh dengan Pengetua di sekolah. “Maaf ustaz, kalau begitulah cakap ustaz, saya pun ‘tak hingin’ nak sekolah di sini!”, jiwa anak muda di Tingkatan 4 memberontak. Saya pulang ke asrama, mengemas beg baju dan langsung meninggalkan Negeri Sembilan untuk pulang ke kampung tanpa berfikir panjang.
Saya tiba di Ipoh selewat jam 11 malam. Abah amat terkejut dengan tindakan saya berhenti sekolah, tetapi dia tidak marah. Dia berikan saya wang RM50 sambil berkata, “ambil duit ni dan uruskan sendiri kamu nak bersekolah mana selepas ini”. Itu cara abah. Dia jarang sekali marah.
Emak dan abah amat mudah memaafkan saya. Tidak kira apa sahaja kerenah kami, mereka memaafkan kami seadanya. Mereka menerima kami sebagai anak-anak yang banyak kelemahan dan atas penerimaan itu, mereka mengasihi kami TANPA SYARAT.
Emak dan abah menerima saya atas segala yang ada pada diri ini. Saya taat atau degil, saya rajin dan saya culas, saya senyum atau saya menjerit, mereka menerima saya seadanya. Mereka terus menyayangi dan mengasihi saya tanpa syarat. Mereka tidak pernah memberitahu saya bahawa semua kebaikan yang mereka buat selama ini, mesti dibalas apabila kami telah dewasa. Kami balas atau tidak, kami ingat atau lupa, tugas mereka hanyalah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang, TANPA SYARAT.
Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Suami mengasihi isteri, sering mengharap balas. Isteri mengasihi suami, kerap juga ada sesuatu yang terselindung di sebaliknya. Apatah lagi jika hanya antara dua sahabat. Sukar untuk dipastikan tulus persahabatan mereka. Bolehkah seorang sahabat memaafkan sahabatnya tanpa syarat? Mungkin ada, tapi sering tiada.
Apa yang pasti, hanya ibu bapa sahaja yang mampu mengasihi anak-anaknya tanpa syarat. Sebab itulah anak-anak tidak mampu membalas kasih itu. Jika seorang anak jatuh sakit, ibu bapa sanggup berjaga malam dan berdoa agar si anak sembuh dan dipanjangkan umur. Namun apabila tiba giliran anak menjaga ibu bapanya, mereka mungkin terus menjaga, tetapi hati mudah berkata, “bilalah orang tua ini nak mati!”. Ya Allah, lindungilah aku dari menjadi anak seperti itu.
Hati saya amat sedih melihat kaum Cina di KL berebut-rebut menghantar ibu dan bapa mereka ke wad kecemasan Hospital UKM sehari sebelum Tahun Baru Cina. Pesakit berumur 60 tahun (kalau tak silap saya) ke atas, rawatan di HUKM adalah percuma. Maka inilah cara mudah mereka untuk get rid ibu bapa mereka di musim perayaan. Kalau hantar ke rumah orang tua-tua, mahal pulak bayarannya. Allah Allah….
Saya masih ingat dialog ayah tengah hari itu. Dia baru sahaja pulang dari menunaikan Haji.
“Abah kat Mekah doa apa, abah?”, saya bertanya.
“Abah doa supaya Allah jangan panjangkan umur abah sampai nyanyuk. Takut anak-anak tak tahan. Takut kamu jadi anak durhaka!”, kata ayah saya sambil mata redupnya merenung saya yang terkelu lidah. “Abah, jangan cakap macam tu…”, saya sebak dan hanya mampu membiarkan air mata kering di pipi. Ayah pergi meninggalkan kami pada malam hari lahir saya yang ke-17, hanya setahun lebih selepas perbualan kami itu.
Anak-anak, jiwanya tidak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kadang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun seorang ibu dan ayah, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. Bukan setahun dua malah majoriti nyawa dan usia. Mereka mampu membelai, mereka mudah memaafkan kita, kerana mereka kasih dan cinta, dengan CINTA TANPA SYARAT.
Ya Allah, aku lemah, aku banyak dosa. Aku suka mengeluh, aku kerap lalai dan alpa. Ampunkanlah aku ya Allah. Ampunkan diriku dengan pengampunan oleh sifat-Mu yang Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ampun dan kasihanilah aku, mudah-mudahan tanpa banyak hisab, tanpa banyak syarat, sebagaimana ibu bapaku memaafkan aku tanpa syarat, mengasihiku tanpa mengharapkan balasan.
Ampunkan jua mereka, dan limpahkan Rahmah-Mu kepada mereka. Mereka yang mengasihiku tanpa syarat, Kau maafkan mereka dan limpahkan Kasih-sayangMu kepada mereka, tanpa hisab dan syarat…
NAMUN…
Mungkinkah semua itu, Allah kurniakan kepada saya? Siapakah saya untuk meminta pengampunan yang terus tanpa syarat? Malah jika setiap detik hidup dalam sehari itu dihitung, terasa betapa dosa sahaja yang banyak berbekas. Sedangkan tanpa saya sedar saya banyak meletakkan syarat terhadap Allah. Aku ingat kepada-Mu, dengan syarat aku sudah hilang penyelesaian. Aku sanggup lakukan apa yang Engkau suruh, tetapi selepas aku melihat apa kebaikan yang aku dapat!
Hinanya diriku. Lupa sudah pada hakikat diri sebagai hamba. Hamba yang tidak layak meminta, apatah lagi untuk meletakkan syarat kepada Tuhannya. Astaghfirullah.
Menghitung hari, padanya terpalit pelbagai dosa. Paling kurang, setiap hari saya dibelenggu rasa terkilan dan berdosa kerana bonda kesunyian di kampung. Setelah pulang ke Malaysia, saya masih belum dapat menjaganya di depan mata.
Bayangkan, jika Allah mengampunkan kita dengan syarat, binasalah diri ini. Mampukah saya lepas segala syarat itu? Jika Allah syaratkan setiap solatku mesti khusyuk, apakah ada satu solatku yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan itu?
Sesungguhnya tidak mungkin kita selamat dengan hanya melihat pada amalan. Melainkan Rahmat Allah itu jualah jawapannya. Dengan kasih sayang-Nya.
Tetapi Rahmat Allah bukan perkara kecil. Ia diminta dengan tawasul kita kepada sifat al-Wahhab Allah SWT. Saya baru mendengar kuliah 99 nama Allah tentang al-Wahhab dari Ustaz Kariman dan ia menambah hiba di hati saya.
Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi. Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:
  1. Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.
  2. Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.
  3. Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.
  4. Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.
  5. Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.
Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.
“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.
Peluk cium anakanda buat bonda yang mengasihiku atas hatinya yang begitu… Ameen.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
12 Mei 2007