Followers

Thursday, December 2, 2010

Sahabat...Menangislah Kerana Allah

Sahabat..
Pernahkah anda menangis? Menangis adalah fitrah manusia...setiap tangisan ada harganya dan nilai tersendiri.

Firman Allah AWT, “…dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (Surah An Najm, ayat 43)

Kita sering lihat orang menangis atau kita sendiri yang menangis,banyak sebab dan alasan disebalik semua itu. Saya pun pernah menangis,sahabat semua semestinya pernah menangis.Malah tangisan adalah suara pertama kita dengar apabila bayi dilahirkan di dunia.Kita semua memang dan pasti melalui waktu itu.Mungkin kita menangis kerana musibah yang menimpa,mungkin juga sebab lain.Bila sesuatu yang sedih ataupun kita tak suka berlaku,baru kita sedar yang tangisan itu satu senjata yang sangat power untuk kita kurangkan sedikit keresahan di hati serta kita mengharapkan Allah mendengar rintihan kita disamping  mengharapkan keampunan dan rahmat Allah.


Bila saya muhasabah balik,masalah menimpa bukan bermakna Allah tak sayang pada hambanya tapi sebab Allah nak dengar hambanya merintih meminta kepadaNya...dan Allah sesungguhnya malu untuk tidak mengabulkan doa hamba-hambanya yang benar-benar ikhlas memohon sesuatu kepadaNya.




12.25 am : masalah adalah lumrah..saya cuba memujuk hati untuk tidak terus menyalahkan suasana dan keadaan sebaliknya bersikap husnuzzhon kepada apa yang telah berlaku.Sekitar 9.30pm-10.00pm kesabaran saya dan sahabat baik saya Najiah Athirah (naja) teruji.Mungkin ada khilaf kami tapi bukan balasan seperti itu yang kami harapkan.Untuk menghindari dari sikap kufur dan berburuk sangka pada Allah (nauzubillah) saya cuba membuka beberapa site yang saya gemar singgah tapi setelah beberapa waktu tiada satu artikel@nasihat yang masuk ke jiwa saya.Keraskah hati saya?? Saya tidak mengalah tapi terus membaca untuk menghalang syaitan menusuk jiwa saya dengan hasutan dan bisikan jahatnya.Bagi saya dengan pembacaan saya dapat berfikir dan bertindak rasional.Satu blog seorang sahabat yang mengulas ringkas tentang jenis-jenis tangisan membuat saya sedar akan hakikat airmata.Disini saya menilai jenis tangisan yang bagaimana telah saya curahkan dan saya tak nak tangisan saya adalah kerana saya mengeluh dengan sikap manusia tapi biarlah kerana Allah.






copy-paste-sebuah renungan buat kita bersama mengenai tangisan ini.

10 jenis tangisan menurut Ibnu Qayyim al-Jawziyyah

1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik iaitu pura-pura menangis.



Semoga Allah menilai tangisan saya dan sahabat di level yang paling tiggi darjatnya.Doakan hati saya dan antum semua dijaga Allah.salam mahabbah.

4 comments:

  1. salam..moga dilimpahkan kesabaran kepadamu&dia:)

    ReplyDelete
  2. thanks pqah...kak su bukan ada msalah ngan kak naja la...tapi kami jadi mangsa keadaan perangai orang lain...memang hati tu sakit tapi berbaik sangka ngan Allah lagi manis.. =)
    syukran atas sokongan....

    ReplyDelete
  3. Allah swt berfirman :

    فاليضحكوا قليلا واليبكوا كثيرا)

    maksudnya : maka sedikitkanlah tawamu, dan perbanyakkanlah tangismu..

    menangis itu akan menenangkan jiwa dan melembutkan hati..

    manakala tawa melalaikan jiwa dan menghitamkan hati..

    menangislah selalu.. di hadapan iradatNya..

    ReplyDelete
  4. akh haulid >> syukran...Insyaallah menangis kerana Allah..

    ReplyDelete