Followers

Saturday, September 11, 2010

Saya di satu syawal... :)


assalamualaikum.....allahuakbar!allahuakbar! allahuakbar!


Allaahu akbaru kabiiraa walhamdulillaahi katsiiraa
, wasubhaanallaahi bukrataw – wa ashillaa. Laa – ilaaha illallaahu walaa na’budu illaa iyyaahu mukhlishiina lahuddiina walau karihal – kaafiruun. Laa – ilaaha – illallaahu wahdah, shadaqa wa’dah, wanashara ‘abdah, – wa – a’azza – jundah, wahazamal – ahzaaba wahdah. Laa – ilaaha illallaahu wallaahu akbar.
Allaahu akbar walillaahil – hamd
Allah maha besar lagi maha sempurna kebesarannya,
Segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya,
Dan maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Tiada Tuhan selain Allah dan tidak ada yang kami sembah kecuali hanya Allah,
dengan ikhlas kami beragama kepadanya, walaupun orang-orang kafir membenci.
Tidak ada Tuhan selain Allah sendiri, Benar!!


alhamdulillah
kita semua masih diberi kesempatan menyambut hari kemenangan bagi seluruh umat Islam dunia ni...bila tiba hari raya suara takbir pastinya berkumandang dan suaranya akan memecah kesuyian di awal pagi selepas solat subuh...pagi ni,sayup sayup saya dengar suara takbir yang abah laungkan dari bilik beliau,terus menyelinap masuk ke bilik kami puteri-puterinya yang masih leka dibuai mimpi...sedar tak sedar,masa tu jam dah menunjukkan dekat2 pukul 6pagi...tanpa membuang masa,saya terus bersihkan diri sambil berniat mandi sunat satu syawal dan menunaikan solat subuh.mungkin pada tahun ini agak lewat saya bangun dan bersiap untuk solat subuh di pagi satu syawal sebab.........
INILAH SILAPNYA....
Terasa sedikit kemuraman di awal subuh pagi di hari raya . Selalunya sebelum solat subuh nenek pasti tidak pernah lupa mengejutkan kami adik beradik untuk bangun awal di pagi raya.Biasanya sebelum pukul 5,bilik kami sudah bising dek kuatnya suara nenek mengejutkan kami,mengalahkan suara abah yang bertakbir raya... Kini setelah nenek pergi tiada lagi kedengaran suara 'bising' darinya yang akan mengejutkan kami semua. Di pagi raya, selepas solat subuh di rumah, saya duduk sebentar di sejadah. Lalu saya melaungkan takbir raya dengan suara yang agak perlahan-lahan. Pada mulanya saya bertakbir seperti biasa, lama kelamaan hati saya menjadi sebak. Entah mengapa saya boleh berperasaan sedemikian. Lama-kelamaan perasaan sebak itu diganti dengan genangan air mata. Air mata saya mula membasahi di kelopak mata kerana teringatkan nenek (memandangkan beliau cukup rapat dengan keluarga kami kerana kami tinggal sebumbung). Akhirnya tidak dapat lagi dibendung dan terus mengalir jatuh berderaian .Hati saya tersentak dari tangisan yang penuh kesedihan tadi. Saya cuba sedaya upaya menghentikan perasaan sedih ini. Nampaknya takbir raya yang saya laungkan tadi tidak sempurna pada penghayatannya. Sepatutnya saya bertakbir raya tadi menjadi sebak dan rindu akan kepada rahmat keampunan dari Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sepatutnya saya mengalirkan air mata tadi untuk merayu kepada Allah semoga amalan di bulan Ramadan yang lalu mudah - mudahan diterima oleh Nya. Sepatutnya saya menangis dengan pengharapan dan merayu kepada Allah semoga bulan Ramadan yang akan datang lagi masih mempunyai ruang dan peluang untuk saya tempuhinya lagi. Saya terasa malu sebentar dengan episod linangan air mata tadi. Saya beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada Nya. Tidak mengapa sekiranya saya terlalu rindukan nenek namun biarlah kena pada tempatnya dan masanya. Saya beristigfar sekali lagi dan berdoa kepada Allah semoga  roh arwah nenek sentiasa di dalam rahmat dan keampunan dari Nya.
Al-Fatihah buat arwah nenek yang tercinta.
Alllahyarhamah maryam binti mahmud.
alangkah

usai solat subuh,kami berkumpul untuk makan,tapi agak riuh bila adik saya yang paling bongsu hilang baju raya nya...habis satu rumah abah tanya sape yang ada terambik baju raya adik..dia ni jenis plupa siket,bangun abang,dia pegi bukak almari and then,tada!!!da tegantung bajunya siap dengan samping kat dalam lemari baju...hihihi,padahal dia dah sangkut awal2 lagi dalam almari...

macam ni la... 

pukul 8 kami ke masjid terdekat dan tunaikan solat sunat aidilfitri...abang yang baca khutbah tadi sebab abang dah jadi imam trawikh kat masjid tu tahun ni sebulan Ramadhan berturut2..tahun lepas pun dia yang baca...boleh kata tiap2 tahun la dia yang baca sejak dia masuk Usampaila dia dah grad ni....heheheehe

ok,habis solat raya dan dengar khutbah,rumah first yang saya singgah ialah rumah tok guru mengaji saya....nama dia mok dah(tu nma panggilan kami) ...menu rumah beliau,lontong ngan rendang..saya jamah lontong je sebab simpan ruang untuk makan rendang kat umah sendiri plak..hehehe

rutin kami...
bila sampai rumah,kami snap beberapa keping gambar sebagai kenangan tapi masih tak lengkap keluarga saya hari ni sebab pemergiaan arwah nenek dan kak ros kerja...kak mi plak beraya kat rumah mentua dia....so,kaum keluarga yang ada hanya seramai 10 orang...(bagi saya jumlah tu sangatla sikit  T_T)

petang selepas jumaat tu,kami pergi lawat kubur arwah nenek..sekali lagi sayu rasa hati bila tengok batu nisan yang terpacak kat atas kubur beliau...terdetik di hati,apala nasib saya di alam kubur kelak....kami adik beradik gotong oyong membersihkan kawasan kubur,masa tu Ma saya yang paling tersentuh sebab tengok ibu dia dah pergi menghadap Ilahi..masa tu kata Ma,fikiran dia jauh teringatkan masa nenek masih ada...Ma bagitau,masa nenek ada dulu,ketupat,tapai semua nenek yang buat tapi bila beliau dah takde ni,semuanya Ma yang kena buat..kami pon tolong siket2,tapi tapai memang Ma x kasi kami buat..huhu(tak tau kenapa)..

petang ni,kak mi sampai...darwish dan waseem anak dia pon ada la skali(anak sedara kesayangan kami)..hehehe,oh lupa,anak kak ros pon dia pos beraya kat rumah,so Syamil ada la sepanjang hari tadi...  :)
pejam celik pejam celik dah pkul 6 petang,abah ajak semua naik atas rumah sebab abah kata syaitan dah telepas ni,dok kat luar rumah nanti kena panahan mata syaitan (ayat memujuk anak sedara saya berhenti main..hihihi)

malam plak macam biasa,kami makan2 malam and then tengok tv sikit2 pastu tidur..mungkin banyak yang saya tak sebut disini sebab dah letih sangat satu hari ni....oh lupa satu lagi,(ramai yang datang tadi,cuma tak sebut je sape2..terlalu ramai...)huhuhu

ok lah,dikesempatan ni saya nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR BATIN!!!

”Abu Umamah bin Ajlan Albahily r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda : Tiada suatu yang lebih di sukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan air mata kerana takut kepada Allah, dan titisan darah dalam mempertahankan agama Allah. Adapun dua bekas dalam perjuangan fisabilillah, dan bekas perjuangan kewajiban kepada Allah”
(Hadis riwayat Attirmidzi)


RUJUKAN
1.AKHI SUBHI HARON
2.DUNIA AKHIRAT 


4 comments:

  1. salam'alaik..

    ALhamdulillah..seronoknya baca post 1 syawal Kak Su..:). Bila baca,ana lagi rasa sangat malu..nak cter pun malu..sbb malu sangat~ hehe.

    Seronoknya gi ziarah rumah2 mak tok semua yek...nak ikottt!! :p. Kak su,mohon maaf atas salah silap...rindu kak su amat.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Salam.. rasanya masih belum terlambat utk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir batin.. semoga berbahagia bersama keluarga tercinta :)

    ReplyDelete
  3. arju assiddiqah : kita hamba yang lemah..ni pengalaman akak,malu plak bila baca bnyak2 kali...terasa kekurangan dalam diri... :)

    ReplyDelete
  4. haulid al-harrar : syukran... =)
    salam eidulfitri

    ReplyDelete