Followers

Tuesday, March 9, 2010

…….al-uthrujjah hebat di syurga….




Daripada abu musa al-asy’ari,beliau berkata, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud,:
“perumpamaan orang mukmin yang membaca al-quran adalah seperti al-uthrujjah,rasanya enak dan baunya harum.manakala perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-quran adalah seperti buah kurma,rasanya enak baunya tiada…”



Dalam hadis ini terdapat dua bidalan dan perumpamaan yg boleh dijadikan renungan kepada sesiapa yang ingin mencari hidayah dan petunjuk Allah s.w.t.nabi Muhammad s.a.w sendiri mengumpamakan golongan yang pertama iaitu orang mukmin yg membaca al-quran dan beramal dengan isi kandungannya sbg al-uthrujjah,iaitu sejenis buah limau yang berbau wangi dan sedap,disamping rasanya yg enak.hal oini menunjukkan golongan mukmin tersebut adalah terdiri daripada mereka yg telah smpai kepada tahap kesempurnaan dalam keimanan mereka yg luhur dan murni kpd Allah samaada dari sudut zahir mahupun batin.golongan mukmin yang membaca al-quran diumpamakan sbg al-uthrujjah kerana hebatnya al-uthrujjah adalah digambarkan buah yg terbaik, selain memiliki saiz yg besar ,mempunyai rupa yg cantik serta mempunyai rasa yg enak.kelazatannya boleh dirasai walaupun belum menjamahnya.

Begitulah cantik dan indahnya mereka yg berdamping dgn al-quran sehingga diibaratkan dgn buah yg enak dan lazat serta mempunyai bau yg amat menyelerakan yg menjadi idaman setiap mukmin yang dikasihi Allah….Allahuakbar!!!

No comments:

Post a Comment