Followers

Saturday, January 16, 2010

subuh pada satu safar...




Kala Subuh

Kala subuh telah bersinar
Daku datang untuk berdoa
Kala sang suria bersinar memancar
Daku datang sujud dan memuja

Hidupku pasrah kepada Mu
Ibadahku hanya untuk Mu
Ku sebut nama Mu Allahhu Akbar

Ku harap pada Mu semata
Sebelum jasad menjadi tanah
Hapuskan segala dosa
Disengaja atau tiada

Tuhanku ku pohon restu Mu
Perjuanganku hanya untuk Mu
Kusebut nama Mu Allahhu Akbar

Ku harap hidayah dari Mu
Dalam menempuh jalan hidupku
Cintaku hanya untuk Mu
Kebahagiaan yang ku harapkan....
juz nak share lagu ni jer...xder kaitan ngan post kat bwah ni...hehehe

ni time subuh tadi...tlupa nak post lpas tulis..hehe,,ok la saya xde la nak mngarut pape kat cni tapi juz nak share sdikit criter ngan diari saya ni=)citer sbenanye camni,,saya bangun tadi stengah jam sblm subuh n pastu trus p besihkan diri ckit n then solat..mmandangkan tpakse solat duduk,sbb xleh bengkokkan kaki(tjatoh kat longkang masjid..huhu)saya pon xmasok la solat jemaah bdak2 bilik saya..jadi saya solat subuh awal ckit usai masuk waktu,,sbb xyah tggu sape2,n selesai solat pun cepat la dari jemaah bilik saya tu...lpas solat,,saya p stdy room nk baca ma'thurat tapi tetiba fon saya bbunyi..."u've got 1 new msg"..saya pun view la inbox n tertera nama kakak ksayangan yg skang blajo kat Dq,,mmberi peringatan bhawa hari ni satu safar...since i'm quite a kecoh person,,saya pun trus fward msg tu kat seme kawan2 n sahabat2 yg ada dlm cntact tu informg dat tday is 1st safar...lpas baca quran skadar tmampu,,saya pon bukak lptop checkg for a new mail..em,luckyly,saya dapat satu mail dari kwan yg skang tgah blajo kat bumi anbiya'..email nyer mcm ni..saya juz copy-paste jer ni..hehehe

"Bulan Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.

Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.

Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.

Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.

Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51...wsalam"

em...lpas baca mail dia,teringin rasenyer nak coret dlm blog saya ni buat khazanah alam asemesta..huhu...ok,,it seem like asar nak masuk..c u nx tyme..

No comments:

Post a Comment