Followers

Sunday, June 24, 2012

rasa itu menyesakkan


8 months ago she was born..
Nurzahraa Ayeesha, she’s growing   ! baru “berpisah” dengan zahraa coz I have to continue my study.
RINDU mula bertandang...

BACK TO THE PAST.....

3 years ago...
Malam last sebelum final exam start, saya dapat fon call, “mok nazak.. (!!) ” masa tu habis melayang semua semangat nak jawab soalan, after 15minutes saya terus balik rumah..
Perjalanan rasa macam berbelas-belas jam... Lama yang amat!!!!!!! Bila sampai rupanya dah terlambat...INNALILLAHIWA INNA ILAIHI ROJI’UN... masa tu rasa dunia gelap, tapi iman terdetik meminta saya pasrah..dia milik Allah!
“setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati”..
Setiap daripada kita,telah tertulis tarikh tu mula-mula kita dilahirkan lagi...

22 jun...
11pm – **saya pernah berjanji, nak jaga dia, duduk sekali dengan dia, kalau sakit saya akan betul-betul luangkan masa untuk dia, nanti kerja saya akan spend duit untuk dia, rawat dia bila dia dah tak boleh uruskan diri-sendiri, dan macam-macam lagi. Saya benar-benar yakinkan dia yang posisinya amat istimewa pada saya.Janji tu saya luahkan 3hari sebelum dia pergi,sementara dia hanya tersenyum dengan gelagat saya..
**jauh saya melayan perasaan.Tapi itu memori.....now, facing the real life, saya masih bersyukur,sangat-sangat bersyukur kerana Allah masih beri peluang pada saya untuk berbakti pada kedua-dua ma dan abah..Ya,mereka masih ada, harta yang Allah pinjamkan, tak ternilai...Alhamdulillah..

12.45 am – saya tertidur bersama doa dan zikir yang dibaca dalam hati. Tiada sebarang bunyi atau gerakan yang mengusik segaladeria saya.Semuanya sepi, senyap...Saya benar-benar keluar dari dunia nyata dan dibenam dalam “kematian sementara.” ***Tiba-tiba saya di rumah, masuk bilik and tiba-tiba Nampak dia, ambik posisi paling hamper disebelah,salam,kucup dan peluk dia..dia tengok,tenung saya dan pandangan saya jadi gelap...

2 am –terjaga..muka saya basah dengan air mata..sayu... saya hadiahkan doa dan fatihah pada dia,moga tenang di fasa yang saya juga akan lalui suatu masa nanti...

To Allah we all belong and to Him we’ll return...

SUNGGUH SAYA KINI RINDU!! (T_T)



Saturday, June 9, 2012

PASTI ADA JALAN KELUAR

bismillahirrahmanirrahim..

stress musim peperiksaan dah berlalu..

sebulan sebelum nak exam, kerah sepenuhnya tenaga dan masa untuk hafal term2 yang asing dalam hidup, ayat-ayat yang berbelit-belit, sampai pening...nak kejar dean list?? eh takla,tapi nak usaha sampai puas hati..

"2 weeks provides for revision period" oh, sempatlah nak cover chapter tu, chapter ni, subjek tu,subjek ni yang belum habis study..

10 days more... Ya Allah, kenapa banyak lagi tak baca ni?  dah baca pastu lupa balik..kenapa ni ?????????

benda ni terbawa-bawa sampai la tiggal lagi 5 hari nak exam untuk first paper..Ya Rahman.ujian apakah ni??



sekadar hiasan


rasa kecewa yang teramat bila tengok CAM (carry mark ), kenapa semua subjek dapat sedang-sedang je? kenapa markah sahabat lain tinggi-tinggi ? kenapa??ok then, usaha tu penting..it's ok Suraya, you can do it!!

masa yang berbaki lagi seminggu tak dibiarkan sia-sia, 7pagi keluar pegi center, sebab taknak buang masa kat bilik, takut tergoda tengok katil , dapur yang bleh kacau-kacau air,ambik biskut putar jilat celup semua,roomate yang boleh diajak bersembang,tanak dah!!!!!!

30hb may 2012 : first paper , masuk dewan,blank! :( soalan yang senang tapi idea tak keluar.History, it's all about facts, so macamana nak goreng.Berpeluh-peluh dalam dewan yang suhu macam dah cecah 10 darjah celcius.. , tapi jawab tetap jawab, ikut je apa tangan nak tulis, kadang-kadang jawapan yang keluar releven,kadang-kadang tertanya-tanya,apa aku tulis ni? ada kaitan ke eh???time's up! submit.sangat tak puas hati,banyak jawapan mengarut and at last, arghh, biarlah..

next paper,2days gap.

Kecewa dengan paper tadi,malam tu tertidur awal. Allah izinkan,malam tu tersedar..Allah, dah pukul 4.30 pagi.Pergi bilik air, saya ambil wudhuk. Bersihkan diri yang banyak berdosa, saya perlu muhasabah..

bila dahi sujud kepada pencipta, takde perasaan lain yang bermaharajalela selain daripada rasa hina. Flashback balik,ya!saya sombong dengan Allah. Titik hitam terlalu kerap bertambah dalam hati saya kalau nak dibandingkan amal untuk hilangkan titik-titik hitam yang dah bersarang. Tu belum lagi dikira ikhlas ke tak, diterima ke tak amalan ciput yang dibuat.

Nak usaha sampai puas hati, sempat lagi masa nak cover itu dan ini, pastu bila takleh jawab,otak cakap biarlah,semacam pasrah,tapi tak pasti pasrah tu kepada siapa, hati pulak diam membisu...

Salah BESAR! ya, saya salah,saya berdosa...ampunkan diri ini ya Allah..saya sebenarnya kurang memahami konsep usaha dan tawakkal. saya akui saya usaha tapi perasaan bertawakkal tu tak diletakkan semaksima mungkin. Mindset saya pada awalnya usaha,usaha dan usaha, then tawakkal tu datang kemudian. Nanti pastilah Allah tentukan yang terbaik.You are totally wrong Suraya!

saya perlu faham dua benda yang kurang dalam masalah saya tadi:

Pertama, cara meletakkan pergantungan. Saya bentangkan sejadah merah ke lantai,tepat menghadap kiblat.Sujud terakhir saya hamburkan segala yang terbuku dalam hati saya. Saya menangis sepuas hati, saya tahu Allah melihat saya, saya tahu Allah sangat mengasihani hambanya yang merintih-rintih kepadanya, paling penting hanya Allah yang faham hati saya. Itu sudah cukup membuatkan saya senang, selesa berbicara denganNya. Saya ceritakan apa yang berlaku walau Dia maha mengetahui, saya tak kira, saya tetap nak mengadu.

”Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk” 
 -al-isra’ 17:109-


Dalam munajat, tak habis-habis saya meminta supaya Dia tak hijabkan saya bila saya berhadapan dengan kertas exam walaupun saya tahu dosa saya menggunung dan tak terhabis walaupun setiap detik saya dihukum atas perbuatan dosa saya.Malam tu, hati saya akur, usaha saya selama ni langsung tak memberi apa-apa kerana saya meletakkan Dia dibelakang.ALLAH.....

Kedua, cara Allah mahu saya mengenalinya. Course yang saya ambil banyak memerlukan strategi untuk menyusun idea. Arguments yang tak pernah berhenti dan perbahasan dari banyak firqah yang perlu dikaji tak cukup dengan hanya membaca huruf-huruf dan kalimah-kalimah tu.  Saya perlu imagine and arrange the arguments then baru saya boleh faham dan hadam sebaiknya. Tapi,kalau Allah tak izinkan semua tu takkan terjadi kan??? semuanya berterabur, saya perlu start balik, then bila sampai kat tengah, saya tak faham then saya perlu start balik.Macam tu lah berulang dan berulang.kadang-kadang idea bercampur, sekaligus saya perlu humban balik apa yang ada dalam benak saya,dan baca lagi untuk faham...

Seingat saya,langit merah menunggu subuh,saya bukak tingkap tenung bintang.Terbukti depan mata saya betapa sempurnanya sistem yang Allah bina hingga susunan bintangnya tidak punya cacat cela. Bintang terus bersinar dan dalam banyak-banyak yang ada saya nampak segugus bintang saling bermagnet mendekat,tersusun cantik. Bumi girang sahaja mengelilingi Suria tanpa perlu berlanggar dengan Marikh. Langit tenang sahaja memayungi kita tanpa tiang seri sebatang pun, malah cukup pakej sambil bertasbih pula. Kita elok bernafas tiap detik lewat hidung dan terus laju oksigen menyusup ke jantung. Sungguh Allah Maha pengatur yang sempurna!

Subuh menyapa, saya tersedar titik kesalahan saya dimana. 5 paper seterusnya menunjukkan betapa bila keyakinan tu diletakkan aula dan paling hadapan, usaha, doa dan pada masa yang sama sentiasa bertwakkal, pertolongan Dia sentiasa ada.Alhamdulillah, kekuasaan Allah itu maha hebat, apa yang saya baca, itu yang ditanya. Dan setiap kali terlupa, Dia datangkan idea yang mencurah-curah. Kadang-kadang apa yang tak sempat saya baca pun Dia datangkan ingatan semasa belajar dalam kelas.Allahuakbar,allahuakbar,allahuakbar!!! Malu mula menguasai diri, selami ni, saya hamba yang tak bersyukur..matlamat saya kena jelas, bukan usaha untuk puaskan hati dan paling-paling pon dapat dean list, tapi saya usaha untuk berjaya,dan paling penting untuk tegakkan agama.



 "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

( Al A’raf : 23)

Sahabat, percayalah, tak terkurang sikit pon dari rahmanya untuk Dia peruntukkan kasih sayang yang infiniti untuk setiap hambanya yang percaya janji-janjiNya.Tinggal untuk kita mintak dan kembali kepadanya je.YAKINLAH!!!















Thursday, May 10, 2012

umpama tersungkur


"Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?” (Al-Ankabut: 2)
SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakhbar…

Kenapa aku diuji..
first expression bila datangnya ujian..berat, sakit, susah hati dan macam-macam lagi..

MAY 7,2012
Semalam bila nak pinjam buku, tiba-tiba machine cakap matric card blocked.Aik, rasanya lambat lagi date due buku-buku usuludin tu.Then terus pegi kaunter pastu staff library cakap ada buku yang dah expired. Bila checked,rupanya buku yang tu...

“dik dik, boleh tolong akak tak? “

“ye,tolong apa kak?”

“akak nak pinjam buku tapi matrik kad akak tak bawak, akak dapat masuk tadi pun sebab gate dah sedia bukak.Akak perlu sangat buku ni.boleh tak??”(terdesak)

“oh..boleh kak..tapi saya nak cepat ni, akak bawak buku yang akak nak pinjam sekarang tu boleh?saya tolong pinjamkan..”

“ni dia..”(4buah buku,semua tebal-tebal kalau tak silap)

Done!! 

“terima kasih dik”

“eh takpa kak J” terus meluru ke entrance sebab memang tengah rushing sangat..

“eh eh dik, kejap..tulis nama adik and no.fon skali..buku ni akak return nanti minggu depan ek, isnin.Esok jumaat akak takde kat sini.Kalau ada apa-apa akak message yer...thanks dik”

“oh ok2”

Bergegas keluar.


2 months later

fees : ..........

“awak dah ada denda sebab tu tak boleh pinjam buku...”

Then saya cerita kat staff tu macamana buku tu tak direturn sebab bukan saya yang pinjam..

"Kalau macam tu, dikira hilang la..kalau awak tak nak bayar fees, bayar harga buku..sehari denda naik 40sen."

??????????????? Ya Allah..buku student master pulak tu..mesti mahal.
Sungguh!! Saya sedang diuji..... ALLAH.


Mungkin dah lama saya hidup dalam kesenangan.

Bila datangnya ujian, baru tersedar dari leka  yang saya kira amat panjang. Saya dalam peperiksaan dunia. ‘Imtihan final’ mungkin masih jauh,mungkin amat dekat.Tapi terkadang bila datangnya ‘kuiz’ macam ni, baru saya sedar saya masih dalam ‘universiti’ dunia.

Ujian itu tarbiyah,HATI YANG SIHAT akan meyakini bahawa ujian itulah yang menandakan Allah masih memandang dia..

Bila dah nampak hikmahnya, disitulah CINTA ALLAH masih kita kecapi..
“wamakaru wamakarallah wallahukhoirul makirin” yang bermaksud: “kita merancang, Allah juga merancang dan Allah lah sebaik-baik perancang..”

Saya pasti dengan janji Allah, ujian saya ni tak berat mana pun kalau nak bandingkan apa yang orang lain hadapi..kesulitan saya ni sangat kecil. amat kecil. InsyaAllah, sedikit ujian ni, moga ianya merupakan kafarah segala dosa2 lalu yang menggunung..sekiranya dengan ini dapat menambahkan cinta kepada Allah dan Allah juga akan mengasihi diri yang berdosa ni, saya redha.

Masalah tadi, saya masih berfikir,mencari jalan keluar...ALLAH.

Sunday, October 23, 2011

Zahra Ayeesha

Bismillahirrahmanirrahim...

Dah agak lama saya tak post apa-apa entry since last Ramadhan. Bukan nak stop blogging tapi tak cukup masa.hehe,(alasan!!) Actually, dah banyak benda jadi in 3 months i'm not updating my blog, first, my registration day at IIUM Gombak lepas 9hari raya puasa, seronok sebab dah digelar mahasiswi tapi takut nak face segala macam obstacles and challenges sepanjang dok kat sini...  second, register manually subjects for the whole semester,and macam-macam lagi sampaila sekarang dah ada perkara besar yang berlaku dalam keluarga kami.Praise be to Allah, semalam keluarga kami dikurniakan seorang lagi permata hati, anak kepada kakak saya yang ketiga kak ROS dan suaminya abg SYAM.Congrats!!

Yang bestnya, kali ni tok abah dan tok ma dapat cucu perempuan !! tahniah tahniah ^_^





Newcomer ZAHRA AYEESHA,Welcome to the world our pretty princess  :)


first time pegang zahra since 11 jam baby zahra tengok dunia 



more sweet than the sweetest honey!!


Cute!! suprisingly, she's a big girl, weighing in at 3.1 kg at birth, and no wonder my sister was so tired all the time for 9 months lugging this kid around !! Zahra was born yesterday, on 21st of October 2011 approximately 5am in Putrajaya hospital. Alhamdulillah, when we arrived there, both the mother and baby are doing fine at the moment in the hospital walaupun my sis has gone through scissor operation.Being surrounded with supportive family, friends and other people makes my sister looks so happy. Love both of you so much!!!


             

Love you, sweets, and i am so so happy for you.You are the special gift from Allah.




sleeping beauty  :)


May Allah give you a caring heart so that you can become a whole person, not just gifted with intellect that can understand, but with heart that truly cares and loves everyone beside you.From now and onwards, for my little princess,I placed my absolute trust for Allah to gives you His blessings and makes everything easier for you, my dear princess !!! Ameen